hypoplastic left heart sydrome

my precious gift from Allah ❤️ Alhamdulillah habes sudah pantang 44 hari bukan senang nak kawal emosi bila teringat dekat anak ? mindset tu sangat penting. kalau mindset x boleh kawal silap silap boleh depression. Tapi kadang kadang banjir jugak dalam diam ? semoga Allah bagi kekuatan yang luar biasa untuk sentiasa kuat hadapi ujian yang akan datang ☺️ sedekahkan al fatihah untuk anak syurga saya ya. Allah bg pinjam cuma 16 hari sahaja ?

hypoplastic left heart sydrome
162 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

إِنَّا لِلّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾- اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْر ِوَعَذَابِ النَّارِ. اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهُ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ وَلاَ تَجْعَلْ قَبْرَهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِيْرانِ. آمِـيْنَ... آمِيْنَ... آمِيْنَ... salam takziah

Baca lagi

Takziah sis. Saya doakan sis kuat. I feel you sebelum nie pernah gugur, baby dah cukup sifat tunggu nak besar je bila tengok baby turun depan mata perasaan sedih tu tak tahu nak cakap. Sampaikan saya meroyan. Hari hari cakap kat husband nak ikut baby. Husband nangis bila saya cederakan diri sendiri. Berkat sabar n doa dia saya pulih. Alhamdulillah. Now saya pregnant balik tapi saya masih trauma kadang tanpa sengaja cederakan diri sebab stress sangat. Harap saya pun kuat.

Baca lagi
5y ago

Sy pn dh rse,lhirkn bby xckup bulan tp dh ckup sifat smua,bby than sejam je lpas dilahirkn..Alhamdulillah skng pregnant lgi

VIP Member

alhamdulillah sis dpt juga merasa 16 hari bersama bayi . hehe mcm sy meninggal dlm perut masa ank pertama . tak dpt nk dgr tangisan walaupun sedikit . semoga kita² kuat k . nti lepas abis nifas dah boleh terus proceed . sy dpt sokongan dr dr pakar o&g utk teruskan . alhamdulillah pregnant ke dua tp gugur 4 minggu then terus lekat tak tunggu next period . skrg baby sy dah 6 bulan . jarak dgn pertama cuma 12 bulan 22 hari . puan mesti bolehh harungiii! hehe

Baca lagi
4y ago

blh ye mcm tu sis? sy yg first pda 30/12/19 trpksa ggurkn msa kndungan 22 minggu sbb ada mslh. yg ke dua bru ggur 12 minggu pda 23/8/20 hri tu. tp skrg takot nak prennt lg. tkot rahim x kuat. sbb rmai kta tggu dlu.

Salam takziah sis. Sebaknya. Sy pun senasib sis juga. Cuma tak sempat keluar dia dh pergi dlu. Bb dh cukup bln & tgu masa saja nk bersalin. Mmg betul sis. Susah jgk nk control emosi wktu pantang. kdg2 nangis dlm bilik air. sbb x nk org nmpk. Masih berbaki 8hari nk hbs pantang. Sis kuat ya. Beruntung kita sbb terpilih utk anak syurga. Tak semua org dpt kelebihan tu. Kuat ya sis.

Baca lagi

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Sebaknya dada ni tgok raut dia. Comel sgt. Tenang dan bermain²lah di taman syurga ya anak💖. Kpd mommy, kuatkn semangat ya. Tahniah mempunyai ank syurga. Insya'Allah anak syurga ni akan tarik ibunya bersama² diSANA. Insya'Allah.

Baca lagi

Salam takziah sis. Semoga sis kuat dan tabah. Dia anak yg baik dan terpilih. ALLAH sayang dia. Anak saya pun meninggal tahun lepas 5 hari dilahirkan sebab infection. Mmg susah nak move on, sampai skrg saya masih teringat2 walaupun skrg saya pregnant anak no 2, dah 7 mggu. Kuat ye sis. *hugs

Betul tu.. Sy 19 week.. 3 hari lepas gugur.. Dh lama menanti.. Tapi allah amik dia.. Anak syurga.. 19 week pon bila dh cukup sifat sampai ke hari nie masih lagi teringat.. Emosi sy sendiri pon belum stabil....termenung sekejap terus nangis.... Waktu malam lagi la.. tido dlm air mata

Ya Allah.. semoga sis tabah menghadapi ujian dari Allah swt & mendapat anak yg soleh solehah nanti sebagai pengganti. Aaaamiinnn3. Baby ni dah tunggu sis & suami di syurga, nanti sis akan jumpa dia. Dia tengah gembira bermain kat sana. InshaAllah aaamiinnn. 😊💕

VIP Member

Takziah ye..sedih pulak sya baca..in Shaa Allah Allah akan gnti yg lebih baik..Allah maha tahu apa yg terbaek utk hambaNya. B strong ye..maner taw mgkin bby awk akn jdi asbab utk awk msuk syurga..Kita tak tahu rahsia Allah..

Baby dlm kandungan sy bru di diagnose hypoplastic left heart syndrome. Sedih tu hanya Allah yg tahu. Tgh fikir mcm mana nk hadap saat dia pergi dgn keadaan sy yg bru lps beranak nnti? Doakan sy ya 😊