tanda2 ibu brsedia nk bersalin
Pre-Labour: 1 hingga 4 minggu sebelum bersalin : .. 1)Baby “jatuh” Beberapa minggu sblm melahirkan, kedudukan baby semakin ke bwh. Kepala baby akan mula engaged dgnn tulang pelvik kita sedikit demi sedikit. Pada waktu ini ibu akan mudah terasa nak membuang air kecil seperti pada Trimester Pertama krna kepala baby menekan pada pundi kencing. Berita baiknya pula, ibu dah boleh bernafas dengan agak mudah krna ruang atas dah semakin kosong. . 2) "Laluan” mula terbuka (dilates) Serviks juga semakin menipis dan semakin terbuka sebagai persediaan untuk melahirkan. Ada sesetengah hospital akan melakukan pemeriksaan bukaan setiap kali check-up dan ada juga yang tidak. Jgn rasa bimbang sekiranya anda hampir dengan due date tetapi tiada bukaan langsung. Ini kerana setiap orang adalah berbeza keadaannya. . 3)Anda akan kerap rasa cramp dan juga sakit belakang yang agak kuat. Terutamanya sekiranya ini bukanlah anak yang pertama, anda akan rasa semakin sakit di bahagian belakang bawah. Otot dan semua joint akan melonggar dan bergerak sebagai persediaan untuk melahirkan. . 4)Semua sambungan (joints) pada badan seperti longgar. Sepanjang tempoh kehamilan, hormon relaxin yang dirembeskan akan menyebabkan semua ligamen menjadi lembut dan longgar. Semakin hampir dgn due date, anda akan dpt merasakan bahagian badan anda semakin melonggar. Jangan risau, ini adalah sebagai persediaan untuk memberi laluan kepada si kecil anda. . 5)Berat badan anda tidak akan bertambah (atau berkurang) Menjelang akhir kehamilan, berat badan tidak bertambah dan mungkin ada juga yang kehilangan berat badan. Tapi jangan risau, baby masih bertambah berat badannya. Cuma air ketuban kita (amniotic fluid) semakin berkurangan, serta kekerapan kita ke toilet untuk membuang air akan mengurangkan berat badan. . 6)Anda akan mengalami cirit-birit. Memandangkan semua otot berada dalam keadaan relax, begitu juga otot pada rectum. Ini menyebabkan aktiviti pada usus besar melonggar dan menyebabkan cirit birit. Banyakkan minum air untuk kekal hidrate ye. . 7)Anda akan rasa sangat letih dan rasa nak berehat sentiasa. . . #NURSEKPJ