2 tahun 3 bulan full breastfeeding : Tiba-tiba susu bengkak sebelah.

Petang tadi dah rasa bengkak. Ingatkan lepas anak direct breastfeeding, akan OK lah nanti. Tapi ni dah tengah malam... uii sakit. Dah letak ice pack untuk legakan.. Dah urut dan marmet, keluar sikit je. Ni guna milk collector sambil layan TAP. Tengoklah nanti selepas 15 ke 30 minit guna milk collector ni. Memang nak wean off 2 tahun genap, tapi anak belum bersedia nak wean off. Adakah bengkak susu ni salah 1 progress penghasilan susu kita berkurangan? Ini kali ke2 sakit bengkak susu. Kali pertama kena masa malam hari discharge drpd wad bersalin.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Update 4 pagi ni: anak jaga nak susu, so mengempeng lama juga. Anak dah pandai pilih mana satu payudara yg dia nak hisap. Dia hisap dulu payudara tak bengkak, lepas tu dia tarik saya untuk hisap yg bengkak pula. Alhamdulillah payudara yg bengkak tu dah lembut. Posisi penyusuan baring, tapi saya bagi payudara yg bengkak tu tergantung. Walaupun dah lembut tapi trauma sakit tu ada lagi. Harapnya beberapa jam lagi kembali normal. Insya Allah. Ni dia dah tidur balik. Alhamdulillah, syukur.

Baca lagi
5mo ago

Sambung lagi update 4 pagi: Trauma pula bengkak susu kali ni. Sampai tak dapat tidur. Fikir macam2 sampai nak panggil tukang urut, nak pergi klinik. 😁Paksa tidur jam 2pagi tadi dengan tuam payudara bengkak tu dgn kain panas. Alhamdulillah dpt la tidur kurang 2 jam sblm anak nak susu tadi. OK jom sambung tidur.