2 Balas

VIP Member

Skrg bpe minggu sis?

Skrg sy baru nak masuk 28weeks, tp tak pasti contraction tu sama sakitnya dgn perut mengeras.. Kalau mengeras tu selalu jgk, tp dlm seminit ok blk..

Expert

Salam sejahtera puan, tahniah kerana berjaya mengharungi pahit getir kehamilan sehingga ke tahap ini. Untuk makluman puan, braxton hicks contraction adalah pengecutan rahim atau kontraksi yang berlaku dalam tempoh satu hingga dua minit tetapi bukanlah kontraksi menandakan anda hendak bersalin. Kejadian ini biasanya adalah proses rahim ibu belajar dan bersedia untuk kelahiran sebenar, namun bukan semua ibu hamil akan mengalaminya. Biasanya braxton hicks contraction hanya berlaku seketika. Kontraksi yang menandakan anda sudah bersedia untuk bersalin pula adalah lebih kerap dan berkala sekata. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala seperti kontraksi dan kurang pasti tentangnya, anda boleh segera merujuk keadaan anda kepada doktor.

🤗🤗 waa..happy sesangat dpt ucapan tahniah ni.. 🙈🤭 thanks for explanation.. tinggal 1 bulan sudah ni.. maknanya skrg ni sy kena lebih alert la kan.. bedebarnya

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan