2nd pregnancy

Hi, pernah tak sesiapa yg pregnant anak kedua jarak dekat? Anak pertama saya baru nak masuk 11 bulan dan td check upt positive.. mungkin 4-5w.. Kalau pergi klinik swasta, dia akan bagi ubat gugur tak?#pleasehelp #Second_Baby #SecondPregnancy Edit: Terima kasih semua untuk komen yg baik baik dan bagi moral support. Saya terima semua dengan hati terbuka. Syukur saya buat posting di sini dan pada akhirnya saya sedikit sebanyak, boleh terima kehamilan ini. Semoga saya kuat untuk hadapi mulut org sekeliling pula 🩷

31 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

baca penerangan dr posting doctor imelda balchin pakar o&g Waalaikumsalam. TAK BOLEH PUAN. Sengaja menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan itu HARAM, dari segi kedua-dua hukum ugama Islam dan juga dari segi Undang-undang Malaysia, dan doktor yang bersubahat menjalankan procedure menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan boleh dipenjarakan. Apakah sebab perubatan yang membenarkan doktor pakar O&G menjalani procedure pengguguran? 1) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan yang serious seperti masalah fungsi jantung lemah, masalah fungsi injap jantung, kegagalan buah pinggang, cancer yang aktif, tekanan yang tinggi di dalam paru-paru seperti pulmonary hypertension. 2) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan mental yang serious, dan ini perlukan penilaian dari pakar Psychiatry dan persetujuan pakar Paychiatry dulu sebelum Pakar O&G dibenarkan menjalankan prosedur pengguguran. 3) Jika janin di dalam kandungan ada kecacatan serious yang tak boleh diselamatkan, dan meneruskan kehamilan ini boleh memudaratkan kesihatan ibu. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah meneruskan kehamilan Puan di hospital kerajaan yang membiayai penjagaan kesihatan Puan sampai sudah bersalin, dan memberikan anak Puan sebagai anak angkat kepada pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak. Apa yang Puan Boleh Buat, ialah dapatkan kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan untuk Puan selepas sudah bersalin, seperti alat IUCD di dalam rahim atau susuk implant, sebab kedua-dua kaedah ini hukumnya HARUS di dalam Islam untuk pasangan suami isteri yang ada kekangan ekonomi dan dibenarkan oleh Undang-Undang Malaysia. Sekiranya Puan ada masalah kesihatan yang serious termasuk masalah kesihatan mental, sila ke klinik kesihatan dan minta rujukan ke Jabatan O&G untuk mendapatkan penilaian kesihatan oleh pakar. Jangan sangka kalau anda buat hubungan kelamin anda tak akan tersangkut. Jika anda tak bersedia untuk kehamilan, anda gunakanlah kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari pil perancang. Ingat tau: 1) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pullout atau pancut diluar, di dalam masa satu tahun, 250 orang akan hamil juga. 2) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah condom, di dalam masa satu tahun, 180 orang akan hamil juga. 3) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah pil perancang keluarga, di dalam masa satu tahun, 90 orang akan hamil juga. 4) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah suntikan depo-provera m, di dalam masa satu tahun, 60 orang akan hamil juga. 5) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat IUCD di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 8 orang akan hamil. 6) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah alat Mirena IntraUterineSystem berhormon di dalam rahim, di dalam masa satu tahun, hanya 2 orang akan hamil. 7) Jika 1000 pasang suami isteri membuat hubungan kelamin dan gunakan kaedah susuk implant berhormon, di dalam masa satu tahun, hanya 0.5 orang akan hamil, iaitu 1 dalam 2000 pengguna. Apa yang anda perlu tahu, semua kaedah merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga, sebab ia boleh reverse, tidak menyebabkan pemandulan, dan anda boleh subur semula setelah berhenti menggunakannya. Tetapi anda mesti ingat kesuburan anda bergantung kepada usia anda. Kalau anda menggunakan kaedah merancang keluarga dari umur 30 tahun sehingga umur 37 tahun dan kemudian berhenti menggunakan kaedah merancang keluarga pada usia 37 tahun, kesuburan anda tidak lah sebaik semasa anda berumur 30 tahun, jadi jangan tuduh kaedah merancang keluarga itu penyebab anda kurang subur, sedangkan anda sudah berusia lebih tua dari dulu. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner

Baca lagi
Post reply image
6mo ago

saya pregnant jarak dekat. masa 1st baby setahun 2bulan pregnant 2nd baby. sekarang 1st baby dah masok 2tahun++ dan 2nd baby dah masok 9bulan++

Mungkin ade hikmahnye/hadiahnya Allah nk bgi rezeki lagi walupon sis blom ready sbb ank sulong msih kecil.. Kdg2 bab rezeki ank ni kite xleh nk control bkn kuasa kite, kdg2 kite da rncang, mkn pil ke, depo ke ape ke tpi klau Allah nk bgi, dia akn bgi juga.. Sy xde pngalaman ank jarak dekat, sy pernh dgr luahan dri sahabat sy crite dia lebih kurng sis.. Dia btol2 down mse dia tahu dia pregnant, ank first dia bru 10bln... Dia kata dia pikir mslh duit, mcm2 la dia kata tpi sy kata pikir psitif saja, kite xbole nk lwn takdir Allah.. Alhmdulillah dia da selamat bersalin.. Sblom dia bersalin, dia dpt rezeki beli kete.. Itulah mngkin rezeki yg Allah nk bagi kt dia.. 😉😉... Sy doakn sis kuat ye and pikir positif saja..

Baca lagi

Sama dgn sy sis , ank 11 bln dpt tau pregnant da la czer ..awl2 down tp Redha mintak Allah mudahkn Alhamdulillah tgu masa bslin je sis .. anak pulak boy lasak dia jgn citer dpt kaki main itu ini .. puas nk mgejar tp ajr hati sbr n redha inshaAllah Allah mudahkn . Lg stu suami kene banyk main peranan sy dr awl smpai akhir suami banyk mbntu balik keje kdg2 dia uruskn .. nk lg kali ni pregnt alahan sgt2 teruk ..

Baca lagi
6mo ago

Huhu, in shaa Allah sis. Terima kasih sis.. semoga kita sama sama kuat 🤍

anak kedua sy xde la jarak dekat pun .tapi sy masa tu mmg blum bersedia mental .sebab anak 1st ni lelaki dan melasak .. skrg ni adiknya dah 2bulan .. Alhamdulillah ..semua undercontrol .. semoga awak kuat melawan emosi , dipermudahkan dalam menguruskan anak n suami. Jangan gugurkan ya. ambik masa untuk terima .. pergi lah bercuti ,makan angin ..

Baca lagi
6mo ago

in shaa Allah terima kasih sis.. saya cuba 🤍😢

terima dgn hati yg lapang sis. Org kata benda dh jd xleh nk undur. Anggap saja ada hikmah. Sy ni walaupun anak sulung dh 3thn pun rasa x ready awalnya. tp sy ni bukan x ready nk jaga, tp x ready dr segi financial. tp fikir positif mesti ada hikmah InsyaAllah moga anak ni lahir rezeki melimpah Allah permudahkan suami. Tu je sy doa hari2.

Baca lagi

Sya pun pregnant ank dkt skrg,ank sulung baru 9 bulan,hat dalm perut 5 buln dh..ta plan pun..rezeki terima jlh..pent tu biasa lh hadap jlh.. sya dn suami pun duk bedua family sume jauh,,time suami p keja duk sorang dkt rmh,kdg pent gk..tapi alhamdulillah anak ta buat perangai sgt..rezeki tu sis ..ta sume org mudah lekat😁sian ke bby tu🙄

Baca lagi
6mo ago

Huhu in shaa Allah sis.. terima kasih sis bg moral support 🤍🥲

sy dlu pn sama..anak first dan kedua dekat jaraknya...tp best tgk dua2 membesar..sebaya je..nmpk cam kembar..skrg dah masuk yg ke 5..terima dengan redha..Allah nak bagi...jalan terus...doa banyak2...minta support dari suami...i.Allah...Dia tahu yg terbaik untuk hambanya...❤️

Saya pregnant kali kedua time tu anak sulung baru 10 bulan . Baru dpt kaki . Alhamdulillah sekarang dah 8 bulan . Mental down sangat time pregnant kali anak sulung lelaki tersangatlah lasak saya penat sangat tapi Allah sebaik-2 perancang saya terima rezeki allah nk bagi 😊

6mo ago

Kuat nya sis 😭😭. Saya taktahu saya mampu ke tak.. 😭 memang menangis je lepas tengok keputusan upt

sya pun preg jarak dekat , bbay first bru msuk 9months 24hribulan10 rtu , kandungan skrng dh 7bulan lebih and sy ttp jlnkan je , mmg tau akn preg klau no protection and tk hati² , baby tk slh so mmg diorang tkkn kasi ubat ubat mcmtu , just keep on going , jaga je baby 😘

6mo ago

in shaa Allah sis.. masyaAllah sis. Hebatnya awakk..

Pnah je awkk. sye pnah ank kedua sye 6 bulan, tpi dah prgnant lagi dlam prut dah 3 bulan 🤣 jadik checkup ank kedua, checkup perut skli. mmg kena bising skjap la ngan misi2, tpi wat dang sje lah. bnda dah jdik pun. yg pntg jgn stress jage emosi demi ank2

6mo ago

Kuatnya sis.. sy cuba 🥲🥲.. terima kasih sis..