Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh

Pernah tak ibu rasa seperti sudah tiada imunisasi badan selepas bersalin? Atau rasa seperti tidak bertenaga untuk meneruskan rutin harian? Anda pernah fikir tak apakah pemakanan yang boleh diamalkan? Sudah cuba pelbagai cara tapi masih rasa letih dan cepat sakit? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk meningkatkan imunisasi badan selepas bersalin dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 20 September 2022, hari Selasa. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalam cik syazwani. Saya hamil anak keempat di usia 43 tahun, 31 minggu 5 hari. Ada GDM, anemia, HB low, kurang zat besi. Tadi checkup di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL. Doktor bagitau baby kecil mungkin sebab baka, jangkitan atau uri. Sebelum ni saya follow up checkup di klinik kesihatan. Doktor di KKIA tak bagi saya makan banyak, takut baby besar. Boleh cik terangkan pemakanan yang sesuai. Berat saya menurun, hanya naik 4 kg sebab terlalu menjaga pemakanan dan takut bacaan gula tinggi. Sarapan dan makan tengahari - roti gandum dan telur hancur. Malam baru makan nasi - suku suku separuh.

Baca lagi