Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh

Pernah tak ibu rasa seperti sudah tiada imunisasi badan selepas bersalin? Atau rasa seperti tidak bertenaga untuk meneruskan rutin harian? Anda pernah fikir tak apakah pemakanan yang boleh diamalkan? Sudah cuba pelbagai cara tapi masih rasa letih dan cepat sakit? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk meningkatkan imunisasi badan selepas bersalin dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 20 September 2022, hari Selasa. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Assalamualaikum cik syazwani. Ada tak cara untuk turunkan bacaan gula di waktu pagi?

3y ago

Waalaikumsalam. Untuk mengawal gula dalam darah, puan perlu 1. Mempunyai 3 waktu makan utama yang tetap. Cadangan sarapan 6.30-8.30am, makan tengahari 12-2pm dan makan malam 6.00-8.00pm. Jangan skip waktu makan.. 2. Makan sumber karbohidrat yang mencukupi tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak ketika makan utama.. Hadkan 1 cawan ke 1 ½ cawan nasi atau mee semasa makan utama.. 3. Pilih karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas. Dan utamakan karbohidrat kompleks dari sumber bijirin penuh dan tinggi serat 4. Makan seimbang menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia #sukusukuseparuh. Perlu ada karbohidrat, protein dan sayur setiap kali makan.. Gula lebih terkawal jika sumber karbohidrat di makan bersama sumber protein dan serat seperti sayur..