Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh

Pernah tak ibu rasa seperti sudah tiada imunisasi badan selepas bersalin? Atau rasa seperti tidak bertenaga untuk meneruskan rutin harian? Anda pernah fikir tak apakah pemakanan yang boleh diamalkan? Sudah cuba pelbagai cara tapi masih rasa letih dan cepat sakit? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk meningkatkan imunisasi badan selepas bersalin dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 20 September 2022, hari Selasa. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum cik syazwani... saya berumur 38 tahun, twin pregnancy 15 minggu... saya baru sahaja di diagnosis GDM... wt saya juga turun... saya tidak mengalami hypo cuma saya bimbang wt saya makin menurun.... boleh cik syazwani cadangkan diet yang sesuai... dan boleh kah saya amalkan pemakanan ini semasa puasa?

Baca lagi
3y ago

Waalaikumsalam puan. Untuk gdm semasa hamil, puan perlu kurangkan atau elak kan terus makanan dan minuman manis dari gula ringkas.. Kemudian hadkan kuantiti karbohidrat seperti 1 ½ cawan sahaja nasi/mee untuk setiap makan utama. Jangan mengamalkan diet yang tanpa karbohidrat langsung. Selain itu, Puan boleh tambah kan lagi ½ hidangan sumber protein semasa makan utama untuk mengelakkan berat puan menurun.. Puan perlu mempunyai 3 kali makan utama dengan waktu yang tetap dan hadkan 2 hidangan buah sehari untuk mendapat nutrisi secukupnya.. Walaubagaimanapun, puan perlukan mendapatkan nasihat dari Doktor jika puan ingin berpuasa. Pemakanan yang sihat dan seimbang dengan konsep #sukusukuseparuh boleh dijadikan sebagai panduan..