Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh

Pernah tak ibu rasa seperti sudah tiada imunisasi badan selepas bersalin? Atau rasa seperti tidak bertenaga untuk meneruskan rutin harian? Anda pernah fikir tak apakah pemakanan yang boleh diamalkan? Sudah cuba pelbagai cara tapi masih rasa letih dan cepat sakit? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk meningkatkan imunisasi badan selepas bersalin dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 20 September 2022, hari Selasa. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

assalamualaikum hi cik syazwani😊 lps bersalin.. sy nak tanya kalau menyusu bayi...apakah supplement yg sesuai tuk Ibu supaya lebih bertenaga menguruskan rumah n anak2 yg lain?

3y ago

Waalaikumsalam puan azlin, untuk seorang ibu yang sihat dan mengambil diet yang seimbang iaitu mempunyai bijirin, protein, sayur dan buah, lazimnya tidak memerlukan pil suplemen semasa menyusukan bayi. Puan juga perlu memastikan mengambil cukup kalsium dan zat besi sepanjang menyusukan bayi. Contoh sumber kalsium: susu, yogurt, keju, bijirin penuh gandum, tauhu, susu soya, sayur-sayuran hijau dan kekacang. Contoh sumber zat besi: Daging, kekacang, sayur-sayuran hijau, produk bijirin penuh.