Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh

Pernah tak ibu rasa seperti sudah tiada imunisasi badan selepas bersalin? Atau rasa seperti tidak bertenaga untuk meneruskan rutin harian? Anda pernah fikir tak apakah pemakanan yang boleh diamalkan? Sudah cuba pelbagai cara tapi masih rasa letih dan cepat sakit? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang cara untuk meningkatkan imunisasi badan selepas bersalin dan pemakanan yang boleh diamalkan bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 20 September 2022, hari Selasa. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Cik Syazwani, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh
8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Cik Syazwani, Bagaimana cara untuk tingkat imunisasi badan ibu yang dalam proses pemulihan selepas bersalin? Terima kasih

2y ago

Hai Puan Nora, semasa proses pemulihan selepas bersalin, diet yang seimbang dan sihat sangat penting. Puan perlu mengambil pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan iaitu: 1. Bijirin (beras, gandum, roti dan lain-lain). Utamalan bijirin penuh. 2. Protein (ayam, ikan, daging, tauhu, kekacang) 3. Susu dan produk tenusu (susu, yogurt, keju) 4. Buah dan sayur Kepelbagaian makanan dapat memastikan puan mendapat semua nutrisi yang diperlukan.