Perkara Yang Saya Faham Selepas Jadi Ibu
Perjalanan sebagai ibu tak semudah yang dibayangkan, tapi setiap langkah penuh makna dan pelajaran untuk diri sendiri. Apa satu perkara yang Mama harap tahu lebih awal dulu? 💬

Sebelum saya jadi ibu, saya tak tahu bahawa... ...penat boleh datang bukan sebab fizikal semata, tapi juga dari risau, kurang tidur, dan sentiasa fikirkan anak siang malam. Saya tak tahu bahawa makan pun boleh jadi mewah kalau sempat suap dalam diam, dan mandi 5 minit tanpa gangguan dah rasa macam pergi spa mahal. Saya tak tahu bahawa bunyi tapak kaki kecil boleh buat hati cair, dan tangisan pukul 3 pagi boleh buat air mata sendiri tumpah walau tak tahu kenapa. Saya tak tahu bahawa sabar boleh diuji hari2, dan menangis diam2 dalam tandas tu jadi perkara biasa. Saya tak tahu bahawa hati saya boleh rasa macam nak meletup setiap kali anak jatuh sikit, demam sikit, atau bila orang lain jaga dia walau sekejap je. Saya tak tahu bahawa 'me time' tu jadi satu kenangan, bukan keperluan, dan kadang2, saya rindu versi diri saya yang dulu... tapi saya tak nak kembali ke situ pun. Saya tak tahu bahawa mak saya sendiri pernah lalui semua ni, dan saya tak pernah hargai cukup. Saya tak tahu bahawa satu senyuman, satu pelukan, atau panggilan 'mama' dari anak boleh jadi ubat paling mujarab atas semua luka batin yang saya pendam. ...dan saya tak tahu bahawa cinta sebenar tu bukan macam dalam cerita cinta remaja, tapi dalam cara saya letih, marah, sedih, risau, tapi tetap bangun pagi2 juga sebab ada satu nyawa kecil yang perlukan saya lebih dari saya perlukan rehat.
Baca lagiI wish I know earlier that breastfeeding is not easy and not everyone could do. When I have my son, I really wanted my son to fully breastfeed but things don't work. I still remember that I'm crying because I think I'm not a good mother because I can't breastfeed my son. My son only breastfeed me less than a month and because of my supply not enough for him I switch to fully formula. Then I saw a mom post on Threads app, she say as long as baby is feed whether it was from breastfeed or formula then it's okay. Fed is fed and as baby is healthy then it's okay. That's I learn, it's okay mama when you can't breastfeed fully your child. It's perfectly fine. I admit breastfeed gives numerous benefit to baby but formula also not bad. I amaze with mama who fully breastfeed their baby and I'm proud to mama who feed baby with formula because no matter it is fed is best! 💖 Love, First time mom.😊
Baca lagibahawa hubungan kami suami isteri tetap sama sebelum kehadiran cahaya mata. kerap bergaduh walaupun dah ada anak. kami ttc 7 tahun. tak sangka lepas dah ada anak pun masih sama. tapi saya cuba kawal emosi saya sebaik mungkin demi anak 😢
bahawa seorg ibu sgt memerlukan sokongan moral dari semua aspek, dari mula pregnant smpai bby besar. mental sorg ibu bergantung pada tangan serg bapa.. ibu sgt memerlukan masa untk diri sndri seawal pregnant smpai melahirkan..
sebelum saya jadi ibu saya tak tahu bahawa; hidup saya akan bertukar 360°. tapi sebagai new mom, saya perlukan ibu kandung saya dari ibu mertua 🥲
Ternyata susah jadi ibu bukan korban fizikal dan mental sahaja tapi kerjaya sekali 😭 nobody warns me about this.
memerlukan kekuatan mental yang sangat tinggi.. Terlalu banyak perkara didalam dunia parenting..
Nak tnya, ubat selsema apa yang sesuai utk ibu hamil yang boleh dibeli di farmasi? Tq
tanya je farmasi. mmg ada ubat selsema yg selamat utk ibu pregnant. kalo pg kk pun dr blh bagi
👍





Excited to become a mum