Perkara Yang Saya Faham Selepas Jadi Ibu

Perjalanan sebagai ibu tak semudah yang dibayangkan, tapi setiap langkah penuh makna dan pelajaran untuk diri sendiri. Apa satu perkara yang Mama harap tahu lebih awal dulu? 💬

Perkara Yang Saya Faham Selepas Jadi Ibu
9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sebelum saya jadi ibu, saya tak tahu bahawa... ...penat boleh datang bukan sebab fizikal semata, tapi juga dari risau, kurang tidur, dan sentiasa fikirkan anak siang malam. Saya tak tahu bahawa makan pun boleh jadi mewah kalau sempat suap dalam diam, dan mandi 5 minit tanpa gangguan dah rasa macam pergi spa mahal. Saya tak tahu bahawa bunyi tapak kaki kecil boleh buat hati cair, dan tangisan pukul 3 pagi boleh buat air mata sendiri tumpah walau tak tahu kenapa. Saya tak tahu bahawa sabar boleh diuji hari2, dan menangis diam2 dalam tandas tu jadi perkara biasa. Saya tak tahu bahawa hati saya boleh rasa macam nak meletup setiap kali anak jatuh sikit, demam sikit, atau bila orang lain jaga dia walau sekejap je. Saya tak tahu bahawa 'me time' tu jadi satu kenangan, bukan keperluan, dan kadang2, saya rindu versi diri saya yang dulu... tapi saya tak nak kembali ke situ pun. Saya tak tahu bahawa mak saya sendiri pernah lalui semua ni, dan saya tak pernah hargai cukup. Saya tak tahu bahawa satu senyuman, satu pelukan, atau panggilan 'mama' dari anak boleh jadi ubat paling mujarab atas semua luka batin yang saya pendam. ...dan saya tak tahu bahawa cinta sebenar tu bukan macam dalam cerita cinta remaja, tapi dalam cara saya letih, marah, sedih, risau, tapi tetap bangun pagi2 juga sebab ada satu nyawa kecil yang perlukan saya lebih dari saya perlukan rehat.

Baca lagi
7mo ago

sedih saya baca sebab sama dgn apa saya rasa