Periksa telefon pasangan, perlu atau tidak?
746 respon

"sesuatu yang buruk yang anda tidak tahu, tidak akan menyakiti anda" bahasa mudah dia, kalau pasangan anda tidak bermasalah dalam rumahtangga, JANGAN SENGAJA MENCARI MASALAH. hidup anda bahagia, tidak ada masalah apa2..tiba2 anda sengaja memeriksa telefon pasangan, maka terjumpa perkara yang anda tak suka, maka berlaku pergaduhan, pertengkaran, berlaku dosa suami isteri (sebelum tu mungkin dosa masing2 je, yang tuhan sorok), tapi lepas tu suami isteri masing2 buat dosa kepada pasangan masing2. berlaku serangan fizikal, mental terganggu..anak2 terabai..hidup porak peranda..buka aib masing2 merata2..the list is going on and on. akhirnya apa yg anda mahu capai dalam memeriksa phone pasangan anda? - baca balik baris ayat pertama di atas.
Baca lagi



