#TAPx59S

Pengalaman diri sendiri & ibu-ibu diluar sana : Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, tentu pengalaman menyusu bayi memberi 1001 kenangan yang terpahat dalam jiwa. Ternyata, ia penuh dengan suka duka dan pelbagai permainan emosi yang banyak mengajar kita. Ini atas pengalaman saya sendiri menyusu ketiga-tiga buah hati heroes saya & pastinya ibu-ibu di luar sana : Ini adalah perkara normal dan akan dilalui oleh semua wanita. Walaupun masyarakat kita sudah semakin terbuka sekarang, namun kita masih lagi berasa ragu dengan penerimaan mereka. Lagi satu, kita juga takut sekiranya bayi mula meragam dan menarik perhatian orang ramai. Elok-elok orang tak perasan, habis satu ‘mall’ dah pandang! Jadi, saya ingin berkongsi sedikit tips yang praktikal untuk ibu-ibu yang bakal dan bercadang menyusu badan di tempat awam. Tips ini merupakan pengalaman sendiri, dan diselitkan juga beberapa tips popular yang dikongsikan oleh ibu-ibu lain di dunia maya. Ini pengalaman sy menyusu badan ketiga-tiga heroes sy ? ANAK SUKA ‘MENGEMPENG’ Anak yang menyusu badan, terutamanya yang belum pandai minum susu perahan melalui botol, mereka ini biasanya amat rapat dengan ibu. Asyik nak ‘mengempeng’ dan melekat saja pada ibu. Sudahlah tak mahu dengan orang lain, dengan bapa sendiri pun tak mahu juga! Betapa lenguhnya badan si ibu bila asyik menyusukan dan memegang mereka. Satu kerja pun tak dapat. Semoga bermanfaat ibu-ibu sekalian ?

#TAPx59S
 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!