JAUNDIS / KUNING petikan dr FB Dr. Erna Nadia
PART 2 Bayi menjadi kuning kerana proses semulajadi yang berlaku secara perlahan-lahan, di mana badan akan ‘membuang’ sel-sel darah merah yang ‘lama’ (digunakan sejak dari dalam kandungan lagi) dan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Jaundis yang tinggi ini akan dikumuhkan daripada badan melalui najis bayi ( air kencing dan tahi) Jaundis yang berlaku pada hari kedua hingga ke empat belas adalah normal ( asalkan tidak terlampau tinggi sehingga memerlukan bantuan lampu 'phototherapy' atau pertukaran darah). Ini untuk bayi yang lahir cukup bulan.
Jadi orang pertama untuk membalas!