Baby Kami 5 Hari Meninggal Di Hospital...

Pada 5hb dis isteri saya pergi daftar masuk wad untuk bersalin... Semasa di wad doktor telah memasukkan tangan ke kemaluan isteri saya untuk memeriksa bukaan sampai darah terkeluar.... Isteri mengadu kesakitan dan meminta di masukkan di wad bersalin secepat mungkin kerana darah telah keluar.... Tetapi pihak hospital tidak berbuat demikian... Selama 11 jam isteri saya kesakitan barula dia dimasukkan ke wad bersalin....semasa bersalin anak kami menangis sperti bayi normal lain.... Tetapi isteri saya banyak keluar darah dan pengsan... Baby terbiar di wad bersalin tanpa susu.... Selepas 4 jam bersalin barula saya di panggil nurse untuk mengazankan bayi kami.... Tetapi saya perasan baby kami badan dia kebiruan... Tetapi sy tidak rasa apa2 yg tidak baik dgn bayi... Bayi kami dihantar di wad nicu level 1...semantara isteri saya menerima rawatan sebab kekurangan darah.... Selepas isteri saya masuk wad.... Dan semakin sihat... Saya bawa isteri saya melawat bayi kami untuk menyusukan bayi kami... Selama 3 hari berada di wad nicu level 1...doktor dan nurse memaklumkan kami bahawa baby sihat dan hanya memantau kuning sahaja... Tetapi pada hari isnin 9.12.2019 kami dikejutkan dengan panggilan doktor mengatakan bayi kami ada masalah kesihatan yang kritikal dan tenat... Dan bayi kami dihantar di wad nicu level 3 untuk menerima rawatan lanjut... Pada 10.12.19 bayi kami telah pergi untuk selamanya..????

51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Allahu sedihnya 😭😭 saya faham perasaan tu..sebab saya juga ada anak syurga, meninggal 45 minit lepas lahir. Tapi saya sudah jangka apa yang akan berlaku sebab saya dah tahu condition anak tak sihat sejak 4 bulan dalam kandungan lagi.. Moga encik dan isteri tabah. Saya doakan rezeki yang lebih baik lepas ni. Kita sama-sama dah ada anak syurga, inshaAllah anak itu akan menunggu kita dan tarik kita ke syurga kelak. InshaAllah. Jika ada kelapangan boleh visit blog saya tentang pengalaman melahirkan anak syurga. https://simplynoorul.com/mudahnya-melahirkan-alhamdulillah-pengalaman-melahirkan-anak-first-anak-syurga/

Baca lagi
6y ago

Sis Reena : dari scan sis..sebab nampak bahagian dalam perut baby penuh dengan air (air kencing yang terkumpul akibat blockage) Details saya juga ada cerita di blog : https://simplynoorul.com/nikmat-adalah-satu-ujian-ikhtiar-tawakkal-redha/