Sesak nafas

Org kata sesak nafas masa preggy normal tapi harini sya rasa mcm lain, sesak nafas makin kuat lepastu rasa mcm naik ke kepala mcm nk pitam pun ada. Agak² knpa ya#ingintahu

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

siapa yang cakap sesak nafas dekat awak adalah normal. tak normal ya. bahaya. jangan buat main2. baru2 ni ja viral dekat tiktok ibu dan bayi meninggal serentak. akibat ibu sesak nafas ya. baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. Pulmonary embolism. Sesak nafas. Salah satu sebab utama kematian ibu bersalin sebab darah terlalu pekat menyekat pengaliran darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru. Siapakah yang ada risiko lebih tinggi mendapat pulmonary embolism? Jawapannya ialah: 1) Ibu hamil yang ada obesiti, 2) Ibu hamil yang berusia lebih tua, 3) Ibu hamil yang ada dehydration tak minum dengan cukup semasa mengandung atau selepas bersalin, 4) Ibu hamil yang bersalin Caesarean Section terutamanya tak mahu berjalan-jalan selepas bersalin, 5) Ibu yang ada pendarahan yang banyak selepas bersalin. Jangan kata ibu yang bersalin normal tiada risiko pulmonary embolism. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua ibu hamil yang bersalin dengan saya MINUM AIR BANYAK SELEPAS BERSALIN, jangan baring-baring saja mesti berjalan-jalan selepas bersalin, dan tak payah ikut amalan berpantang orang zaman dulu. Zaman dulu, kadar kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari kadar kematian ibu bersalin zaman sekarang, tak payah ikut amalan zaman dulu. Dengarlah nasihat doktor pakar di dalam bidang. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua wanita jangan benarkan diri anda jadi obese, turunkan berat badan yang obese SEBELUM HAMIL, penjagaan kesihatan itu penting sebelum hamil lagi, bukan lepas bersalin baru nak jaga kesihatan. Inilah SEBABNYA saya menasihatkan ibu hamil yang berpuasa, pastikan anda minum dengan secukupnya di antara iftar dan sahur. Sila ke link ini untuk nasihat berpuasa semasa hamil youtu.be/wsZLB63SNcU Tahun ini saya juga ada seorang ibu hamil yang takut nak berjalan. Beliau bedrest sebab takut gugur sampai dapat pulmonary embolism. Alhamdulillah saya cepat-cepat buat diagnosis melalui CT scan dada dan cepat-cepat mulakan rawatan mencairkan darah di ICU. Saya dah beritahu beliau selepas Shirodkar cerclage, tak payah bedrest, bangun berjalan-jalan tetapi mungkin beliau terlalu takut dan tak dengar nasihat. Alhamdulillah selepas itu beliau dengar nasihat dan bangun berjalan. Selepas bersalin, saya TAK BENARKAN beliau makan apa-apa produk, tak boleh makan jamu, ubat herba Cina berharga beribu-ribu ringgit yang suami beliau beli saya suruh BUANG. Ubat herba tradisional yang dihadiahkan kepada beliau dari kawan-kawan dan keluarga saya suruh BUANG. Saya sangat tegas sebab beliau tinggi risiko pulmonary embolism berulang selepas bersalin, maka saya suruh beliau BUANG KESEMUANYA. Alhamdulillah beliau dan suami mendengar nasihat saya. Sekarang beliau sudah selamat bersalin anak yang matang dan sihat. Alhamdullilah beliau sudah pulih. Sebab inilah saya tak suka ibu hamil amalkan bedrest atas sebab takut gugur. Inilah kelebihannya Shirodkar cerclage untuk ibu hamil yang ada cervical insufficiency. Selepas saya buat Shirodkar cerclage dari awal-awal, di antara 12 hingga 14 minggu kehamilan, saya nasihatkan tak payah bedrest, saya beritahu ikatan itu kuat dan boleh pergi kerja seperti biasa. Inilah kelebihannya ikatan tinggi dan kuat Shirodkar cerclage bila dibandingkan dengan Arabin pessary atau McDonald cerclage, sebab selepas Shirodkar cerclage tak payah bedrest, tak payah duduk di hospital, tak payah duduk di rumah bedrest, boleh berjalan dan pergi kerja seperti biasa. Akhir sekali, nak jadi Pakar Perubatan yang terbaik, kita mesti amalkan Evidence-Based Medicine dan kita mesti menasihatkan pesakit apa yang terbaik untuk mereka, dan “Say NO to overclaim health products.” Nasihat saya juga kepada semua jururawat dan doktor-doktor yang junior, sila belajar evidence-based medicine dari doktor pakar specialist, jangan berhenti belajar dan teruskan tambah ilmu, jangan terpedaya dengan produk yang tidak terbukti berkesan, jangan ikut adat-adat lama yang boleh memudaratkan pesakit. Saya ingin mengucapkan syabas kepada ibu ini sebab belajar dari pengalamannya dan kemudian berubah untuk mendengar nasihat doktor. Saya ingin mengucapkan Syabas juga kepada semua ibu-ibu yang mendengar nasihat perubatan dari doktor pakar di dalam bidang dan berhenti mendengar nasihat perubatan dari mereka yang bukan ahli dalam bidang. Sekian, terimakasih. Dr Imelda Balchin Professor, KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi
1y ago

rasanya xperlu tunggu appointment awak. boleh cuba pergi kk jumpa nurse yg jaga awak. dn inform awak kerap sesak nafas dn nk pitam

TapFluencer

sesak nafas tak normal sis. semput bila beraktiviti mungkin common especially awal2 pregnancy atau hujung2, sebab perut kembung/besar dan kecilkan ruang paru2 kita. patutnya semput jenis ni akan makin elok bila kita rehat, tarik nafas panjang atau minum air suam. tapi sesak nafas yang makin kuat, tanpa sebab, atau tak lega lepas kita buat semua tu, tak normal. darah pekat sebab dehydration boleh jadi salah satu puncanya. jumpa doktor ya. moga selamat semuanya

Baca lagi
1y ago

selalunya sya malas minum air sbb malas ulang alik ke tandas. tapi kalau tau dari awal bahaya kurang darah masa preggy ni xlah sampai camni kot

maaf ckp sis.... baru" ni ada kes mcm ni.. ibu mengandung alami sesak nafas mau bersama bayi dlm kandungn yg berusia 8month ... harap sis cari solution jngn lupa biar perkara ni berlarutan ia bole mengakibatkn kematian sis kena peka dngn benda" yg mcm ni wktu pregnant... benda kecik jngn angap remeh tau sis sbb tengh mengandung apa" bole jdi.. Take care sis ♥

Baca lagi
1y ago

yeke, allahu takutnya😭

TapFluencer

x normal lg2 hujung trimester. sy week 34 ttiba rsa sesak nfs, check BP atas bwh 100++ (157/117),normal BP org pregnant adalah 120/80. sy trs kena admit ward sbb doc tkt kena swn (preeclampsia). jd baik sis cek BP @ jmpa doc ye 🥺🥺.msa pregnant ni kita jaga 2 ksihatan dn nyawa .moga dimudhkn urusan

siapa ckp kt awk normal tu? ada niat nk bunuh awak kut. setiap kli jmpa doc mesti doc tnya ada sesak nafas x ada turun darah x. tu soalan yg sntiasa doc tnya. klau normal mcm keputihan, kerap kencing, sakit breast, tu cntoh yg normal. blom ada doc yg tnya kerap kencing x, ada keputihan x. sbb tu norml.

Baca lagi
1y ago

dr sya x prnh tnya pasal sesak nafas ni, sya pun xde niat nk rnya sbb org kata normal 😭

Ada check bp tak dear? Sesak nafas masa mengandung tak normal sis. Siapa yg ckp normal tuuu 😅😅😅😅😅 jumpa dr cepat tau takut bahaya kat kandungan

1y ago

belum lagi, hari isnin ni ada appointment kt klinik

Tak normal la, mengah sbb jalan byk ada la, tp smpai naik ke kepala, awak kena pegi klinik at least, check spo2 & BP

tak normal wak sesak nafas, kot mengah tu ye kot

sye x penah sesak nafas tyme preggy..