saya pun mula2 ada kerisauan mcm sis. sbb masuk je 28w terus rasa mcm slow pula tendangan baby. pulak tu saya kerja tgahari sampai ptg so mmg susah nk pantau gerak baby. tp sy usaha juga dlm sibuk2 kerja tu duduk sekejap rilek, minum air sejuk, makan utk bagi baby gerak. baru2 ni sy 30w mmg rasa bby kurang gerak sgt sampai sy kene warded hosp sbb bby kurang gerak. rupa2nya alhamdulillah bby ok je sbb hari yg bby kurang gerak tu sy kurang makan, x sempat nk rehat n duduk. so utk sis, kalau risau, pegi je hosp sbb ikutkan 28w dah kene start kira gerak bby. kalau doc kata ok je semua, lepas ni dah boleh mula ajar bby bangun waktu pagi. minum air sejuk, air manis, makan, usap2 perut. kdg2 sy sampai terpaksa goncang2 perlahan perut ni sbb nk bagi bby bangun. bila malam time kita nk tidur ehhh aktif pulak dia berdondang sayang dlm perut 😂
Baca lagi
Mum of two under two