Pap smear urgent atau tidak
Nak tanya, xpe ke masih xbuat pap smear umur anak dah 1tahun. Soalan kedua. Bahaya x rahim kembang, bole jadi ke rahim kembang maksudnya dalam pantang xjaga betul. Xdijaga dan tak dituam betul?

Saya jawab satu satu ya😊 1) Takpe. Tapi digalakkan juga untuk buat pap smear. 2) Maksud awak rahim kembang tu prolapse ke? Kalau prolapse (rahim jatuh) tiada kaitan dengan amalan pantang atau tuam. Secara saintifiknya, selepas bersalin rahim akan mengambil masa dalam 6 minggu untuk mengecut dan kembali ke saiz asal. Ini proses semulajadi. Faktor rahim kembang atau prolapse ni pula disebabkan lantai pelvis kita jadi lemah disebabkan mengandung. Ada lagi faktor yang lain. Cara untuk rawat prolapse ni ialah dengan senaman kegel. Tapi kalau awak rasa sakit yang berterusan, sila dapatkan rawatan segera dengan doktor O&G.
Baca lagi

