24 Balas
Newborn ni xboleh nak tunggu berapa jam berapa jam utk tukar sbb klau awal2 tu mmg dorang jenis kerap berak. Kadang tak kencing pun lagi tp dh kena tukar sebab berak. Kena selalu cek. Ada pampers daya serapan dia lambat jadi utk baby yg jenis kerap kencing/berak dia akan bertakung sebab lambat serap. Sy suggest offspring/applecrumby utk high end brand. Kalau nak senang access/beli, guna mamypoko. Boleh kata semua range mamypoko ni ok. Harga keras sikit tp xsakit hati asyik bocor
Masa newborn sy rajin tukar² pampers 😅 dah besar sikit tak ingat start berapa bulan pakai molfix terus jatuh cinta sbb bergetah kan, anak peha besar jenis berisi tak berbekas sangat.. yg sy perasan kalau pampers penuh dgn kencing dia berak lagi mmg confirm tembus.. kalau berak bnyak sngat pun boleh tembus.. newborn berak bnyak juga kan.. kdg pampers tu okay dgn kita tapi org lain tak okay, kena try juga yg lain²
Sis try la Huggies Airsoft. Lembut utk kulit NB Tebal tak pernah bocor saya pakai Ada indicator utk tgk kencing anak byk mana Harga masih affordable Kalau mommies ada bajet lebih, boleh beli Mamypoko Airfit @ Applecrumby @ Merries @ Offspring Saya pernah try molfix dry, agak mengecewakan sedikit sbb tekstur kasar, dan selalu bocor. Kalau molfix natural saya tak thu
Sama lah awak 😊 Malam saya pakai Huggies Air soft, siang saya pakai Drypers wee wee dry. Mudah dpt kat speedmart je, harga pun lebih kurg sama je
sorry tak pernah jadi. so far baby sy pakai molfix hijau & biru. dua2 tak pernah tembus kt bontot belakang bawah tu. selalu bocor depan sbb baby suka tidur meniarap skrg. maybe salah saiz/pakaikan longgar/berak banyak/pakai lama. idk try je la tukar pampers lain. Huggies cutting besar, Drypers ok cuma takda wetness indicator.
bape jam skli tukar..hritu yg mcm tembus tu 3 jam..molfix tape biru
Baby sy newborn sampai 4 bulan pakai MOMOHOUSE (tape diapers). So far, ok sangat..anak serasi. Lepas tu, sy pakaikan anak MIDORI (pants diapers), tersangat la ok. Tebal tak nipis & tak mudah bocor. Walaupun MIDORI ni bukan jenis tape, lagi murah daripada MOMOHOUSE jenis tape.
macam saya awal2 guna apple crumby ataupon off spring 22 ni okay. cuma xde indicator je nak tau pampers dh penuh x. mungkin size NB molfix tu besar dgn anak awak. sebab tu bocor. ataupon anak awak kencing dh banyak. ada indicator dkt pamper molfix tu. kuning berubah biru tak?
tapi kadang anak baru kencing sikit dah naik colour biru nye..ank laki pancut kt dpn
dari ank sulung saya mmg lekat dgn mommypoko.tak pernah tembus n tak berbau kalau dlm kereta kte terlambat tukar ke apa ke.selesa dgn tu je.yg akn dtg ni nk cuba juga brand lain yg mommies2 dok recommend ni.tapi mommypoko mmg ok
mamypoko extra dry sgt bgus tp pricy
Newborn saya pakaikan Applecrumby dengan petpet. Dua2 okay. Tak pernah tembus atau bocor. Kalau bocor pun sebab dah penuh sangat sebab lambat tukar. Sekarang tak pakai Applecrumby dah. Fix dengan petpet. Dua2 best👍👍
Dulu suami belikn molfix, cutting dia besar utk newborn.. mungkin ikut size baby, baby sy kecik je 2.7kg dulu. Skrg pakai drypers je kadang2 mamypoko sbb best brand tu
Huggies the best.. walaupun nipis tpi langsung x bocor, kulit x merah2, kulit langsung x basah sbb penyerapan laju je. ada mcm lubang2 atas permukaan Pampers tu
Cik Bunga