Nurse klinik kk tak datang rumah
Hi nak tanya. Nurse sekarang memang tak datang rumah masa kita pantang ke? Dia suruh kita yang datang klinik check bp semua. Dahlah tengah pantang, kita pulak kena datang kk 🥲🥲 ada yang sama ke?
Depends on kk. Kalau short staffed mmg mommies kena dtg kk right after bersalin tu. Dia tak kira laa kita ni baru lepas czer ke apa kena dtg juga utk dia check semua. Maybe dulu kk tu staff cukup so dia boleh dtg rumah tp skrg tgh tak cukup kan so kita mmg kena g kk. Lama dah benda ni, kawan saya bersalin 2022 pun kena g kk sbb situ short staffed. Saya bersalin 2023 kt swasta pun nurse kk tetap dtg rumah dlm tempoh 15 hari sbb kk saya nurse cukup
Baca lagiTgk pada KK @KD tempat sis tu. tempat saya memang takde dtg rumah. Saya yg kena pergi KK @KD. 😅. Bersalin tgh mlm. Esok nya keluar wad. Lusa pagi dah pergi KK @KD check kuning. Lepas check kuning, pergi bangunan lain, check ibu pulak. Check bp, dgn dia tengok tempat luka. Smp kuning baby hilang. Pastu xde dah. Tggu checkup sebulan. Penat tu memang penat 😅🥲.
Baca lagiKK bukit naga
Ada dtg masa tu sy sorang je pantang bby kene tahan NICU . Tak salah sy dorang dtg dlm 3x bila bby dah balik rumah baru sy sambung berpantang pergi kk hari2 hahahahaha . Pantang mcm tak pantang . Dari first day bersalin ulang alik hspital 12hari . Bby balik sambung kk 12hari lg . Last2 sihat sebb banyak jalan ke sana ke sini
Baca lagiHahahaha alhamdulillah sihat. Kita ni makin rasa letih nak kesana kesini.
la ye ke sis... saya tak tau pun.. KK kat sini nurse nya dtg selama 4 kali sebulan..maknanye tiap minggu dtg check ibu dan anak dirumah..lepas sebulan tu barula kami kene pergi ke kk check selanjutnya... alhamdullilah baby dulu takde kuning.. mungkin lain lain Kk lain lain cara service kot sis.
kk mana
mgkin dorg tk ckup staff utk dtg ke rumah ..tkde msalah pon dlam pantang g kk ..sy smggu ank kt hosp pon sy ulang alik prgi tgok ... siap pakai sluar lagi 😆ank da kluar hosp pon kne g kk cek kuning plak smpai 2 mggu lbih msih tggi ..
Ade dtg. Tapi sekali tu jaa.. lepas tu sambung p kk time checkup je. Nurse ni dtg bkn setakat nk tgk kita, dia mungkin observe la keadaan sekeliling rmh.. safe ke idok, pastu mungkin dia nak tgk keadaan ibu , kot nye depress ke, ape ke..
Kita nak ulang alik lagi penat. Boleh depress. Dahlah klinik berlainan nak check ibu dengan anak 🥲🥲
Dekat tempat sy, sy ada kena checkup dekat KD & KK, kalau ada checkup kuning dekat kk, nurse akan suruh singgah KD dlu, baru ke KK..kalau xde, nurse akan dtg rumah..betul penat, sy lasak smpi terbukak sikit jahitan bawah..
Haa macam ni lah. Penat kann? Aduh sakit tu terbukak
sama.. dlm 2-3x jgak kne ulang alik kk utk checkup ibu.. baby sye warded 5 hri.. lps baby discaj, ulang alik kk check baby kuning plak smpi sbulan.. pantang nie memg xde rehat pun..
Tulah makin penat masa pantang kena ulang alik. Bp pun naik
Tengok KK juga. Saya lagi suka datang klinik selepas bersalin. Boleh jalan2. Haha. Jalan2 = slow walk kena cahaya matahari pagi. Salah satu cara pemulihan juga.
Rumah sis area bandar / kampung ya? Kalau saya duduk kampung nurse masih datang hari2 untuk 10 hari pertama. Kemudian selang seli untuk 10 hari seterusnya.
Area kampung. Sebelum ni elok je diorang datang rumah. Tibe anak kedua kita pulak kena ulang alik.