baby 2 bulan

hi, nak tanya normal ke baby 2 bulan lpas burping je mesti muak. tu kiranya lebihan susu ke mcm mana?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ya, itu adalah perkara yang normal. Bayi berusia 2 bulan mungkin akan muak selepas burping kerana mungkin terlalu banyak susu yang dikonsumsi. Cara untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan memastikan bayi digendong dan duduk tegak selepas menyusu supaya udara dalam perutnya keluar. Anda juga boleh cuba menyusukan bayi dalam posisi yang lebih tegak supaya ia tidak terlalu banyak menelan udara semasa menyusu. Jika masalah ini berterusan, elakkan memberi terlalu banyak susu pada satu-satu masa dan pastikan bayi anda digendong selepas setiap penyusuan untuk memastikan udara keluar dari perutnya. Jika masalah ini masih berterusan, adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat lanjut. Semoga bayi anda sihat dan gembira selalu! https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

anak saya dulu pernah muntah bukan muak ya memang muntah sebab banyak dua kali tapi hari yg berbeza..masa first jadi bimbang juga cuma kita pantau je tengok dia muntah lagi tak..kalau muntah lagi hari yang sama memang bawak pergi klinik..tapi alhamdulillah takde apa2 selang bbrpe hari jadi lagi smpai sekarang tak tahu kenapa mungkin terlebih susu..

Baca lagi
VIP Member

normal sis..sbb perut baby x matang lg..tp klau muntah tersembur kena refer ke ospital tau. penah jd,baby masa tu dlm 5,6 bulan..muntah tersembur 4kali..p ospital,DR ambik darah,n alhamdulillah xde ape..DR kata nk membesar mcm gitu la..kita dpt beza antara jeluak susu n muntah susu tau..

TapFluencer

Jeluak sikit2 tu biasa. Kalau yg tersembur mcm muntah tu dan kerap kena jaga2 and find out. Mungkin baby overfed atau ada masalah lain seperti lactose intolerance. Tu contoh je. Nak kepastian kena pergi jumpa paediatrician

Kalau jeluak normal sis sbb pintu perut baby belum matang sehingga 6bulan . Tapi kalau muntah tersembur tu kena jaga jaga boleh bagitau doc kat kk