Tak bukak buku pink waktu pregnant

Nak tanya, jangan kecam ya 🥲😅 Ada tak kat sini mana2 mummies yang tak bukak/daftar pun buku pink tahu2 je dah nak bersalin? Kot lah ada kawan ke atau mummy sendiri alami, nak tahu jugak sebab boleh jd mcm tu....terbaca ada yang rasa malas/takut nak bukak buku pink, ada yang taktau pun dia tu pregnant, tau-tau dah 7 months 🥲

33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

.. klau saya memang p bukak buku pink .. sebb nak tau perkembangan semasa dalam kandungan tu penting tau .. lagi2 scan tumbesaran dia okay ke tak .. jadi dgn itu kita dpt tau keadaan baby cukup sifat ke tak.. yg kes tak tau diri preggy tu rezeki dia la .. harap bby okay je🫶🏻