Makanan tambah tenaga

Nak makan apa tambah tenaga ? Sakit-sakit badan dan tak bertenaga nak jaga anak 4 bulan. Saya tak bekerja jaga anak saja kat rumah tapi badan rasa penat letih sangat dengan kerja rumah lagi . Saya jaga anak 24 jam hari-hari suami kerja balik lewat dan tiada cuti. Perlu ke makan jamu ? #seriusnanya #bantusharing #pleasehelp

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

x pasti lah kena ambik jamu ke x... kalau bg sy x perlu pun. Nnt terlalu bergantung kpd jamu2 nie, once stop makan jamu, badan lembik semula.. Normal badan sakit2 lpas bersalin dan ada anak nie. Lgpun baby awak br 4 bulan kan. Mmg penat jaga baby dgn x cukup tido semua kan. Sy nasihatkan awak, bila baby tido awak pun rehat tido. Jgn buat keje rumah. Keje rumah nie sampai bila2 pun x akan habis. Lpastu bahagikan tugas ikut hari2. Jgn hari2 buat semua benda. Hari nie menyapu dan mop, esok awak lipat baju pula, the next day buat keje lain pula. Kalau baju cukup cuci seminggu sekali, sekali je lah lipat baju. Kalau memasak tu, prepare lebih untuk masak hari nie dan juga esok. Kalau mcm sy, sy masak malam, esok sy makan tgh hari, sy cuma panaskan lauk sahaja dan masak nasi. Lauk fresh masak malam kalau husband nk mkn. Kalau husband sy x makan, die keje, sy masak lebih untuk seminggu sy makan. Sy cuma panaskan sahaja. x de lah rasa penat Sgt. Lpastu, make sure awak mkn untuk breakfast, lunch. Jgn skip. Nie untuk tenaga sepanjang hari walaupun light breakfast. Bgn awal pagi siap2 kan semua sebelum baby bgn tido. Kena pandai adjust time awak dan baby. Dan juga adjust waktu2 bila nk kemas sana sini...

Baca lagi
11mo ago

Boleh tahan seminggu letak peti ais atas. Tp make sure semua brg fresh.. Mmg tahan seminggu tu. Yg sy masak untuk seminggu tu biasanye mcm ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam sup, atau kari ikan atau ikan msak asam pedas. Jgn campur sayur. Kadang2 kn leceh kalau ayam masak merah tu nk kena goreng dahulu ayam tu, lpastu buat sambal die, mmg byk keje. Tu sy buat sekali gus. Saya buat 1 jenis sahaja. Dah abis masak lg 1 lauk. Sayur tu rebus sahaja. Siap2 potong sayur basuh bersih2 masuk plastik untuk 2- 3 hari, bila nk pakai, ambik periuk masuk sayur, masuk ikan bilis, bawang putih, rebus je. kalau nk goreng pun senang jimat masa. Lauk yg senang bg sy ikan singgang, ayam sup, awak renehkan je kt dapur sambil buat keje lain. Yg penting ada makanan kt rumah bila lapar boleh makan 😀 Simpan la snek atau biskut2 kt rumah.

Sama sis, sy burn out sampai nangis² dekat husband. Kesian husband balik keje lewat duk tgk kita tengah stress. Sebab kadang baby tak tido siang lgsg, merengek aje, kita tak boleh wat keje apa², kdg nak masak pun berlari2 tgk anak. Keje rumah mmg susah sgt nak buat. Lagi2 saya epmom, nak kena jaga waktu pam, stress sgt kalau terlepas waktu pam, kadang nak mandi n makan pun tak sempat. Tp sis, kehidupan kita ni, setiap hari kita cuba lebih baik, cuba ubah mindset kita, cuba manage balik masa kita. Saya pun sedang mencuba, sy tau macam mana susahnya, saya juga surirumah dan jaga anak 24 jam, penat sgt2 sampai tak tidur malam. Kalau boleh sehari masak 1 lauk saja dan sayur. Breakfast cr alternatif lain macam roti bakar, ataupun roti² macam roti krim, dengan air nestum ataupun oat. Tu je makanan sy hari². Dulu boleh masak 2-3 lauk skrg mmg tak sempat lah. Sis jgn paksa diri wat keje rumah, wat keje yg mana sempat je. Kalau lerih sgt tak boleh tido time anak tido,baring sebelah anak buat lah pape, tgk shopee ke, tgk movie ke.. release tension org kate..

Baca lagi

puan buat stock pam susu ke? kalau tak pam ape jadi ye? mgkin puan kepenatan ke ye? breakfast roti 2 keping toast dan telur goreng snack buahan tengahri nasi goreng, mee goreng, ayam goreng bersama sayur rebus, nasi ayam bakar, dinner as lunch. puan makan byak sikit dan puan kena byak rehat. ada masa pergi berurut. ptg² puan boleh bawak berjalan dgn anak. sy dlu bawak anak jlan² dalam cuddleme. smpai satu perumahan kenal sy dan anak. boleh pergi farmasi tanya farmasist, vitamin ape sesuai utk hectic mother macam puan. dan puan try tdur sekali dgn bby. sbb baby 4bulan kerap tdo kan? amik la satu masa tu utk tidr sekali. yg lain² boleh pam susu.

Baca lagi