12 Balas

Depends kot. Rasanya tiap tahun ada fasa dia kot. Macam saya mula2 kawen selalu mkn hati dgn in laws, gaduh ngan husband sbb in laws. Skrg 8 tahun dah kawen bab in laws saya dah berjaya tackle, then ni first pregnancy. Rasanya lps ada baby akan bermula fasa lain pulak, hopefully smooth je la. Yg penting saya rasa husband n wife both kna ada mutual understanding, jgn ada rahsia, komunikasi tu penting, jgn ada rasa lebih dari pasangan, selalu muhasabah diri, mesti byk ada aktiviti bersama laki bini supaya xrasa hubungan tu renggang, and plg penting yg mak saya pesan, kalau gaduh jgn bwk smpai esok nya. sebelum tido mlm tu mesti msg2 humble, mintak maaf. kalau saya gaduh2, mcm mana sakit hati pon mlm saya akan peluk blk husband. mintak maaf, lps tu dia pon akan lembut hati jugak, mintak maaf. esoknya biasa nya mungkin awkward sikit tp problem xberlanjutan dah.

TapFluencer

Setiap tahun ada ujiannya tersendiri. Kita didik diri jadi tenang dan matang. beradab, berilmu, bersama. Semua tu kena didik. Saya tahun ke 5 perkahwinan , hamil. Tahun ke 6, beranak. Tahun ke 8 berhenti kerja sepenuhnya. Tahun pertama hingga ke 4 tu steady je belum ada anak. Dating berdua sepuasnya. Bila dah ada anak, dah takde dah nak dating. Bawa anak sekali, kasi ceria. Syukur dgn semua ujian yg mendidik kita jadi redha, syukur, tenang, matang dll. Yg penting, jangan berhenti learning. Jika terbabas adab dgn suami atau anak, renung balik, apa tujuan kita nak suami dan anak. Kita nak diri kita macamana. Set in mind, nak bekerluarga, kita dah menjebakkan diri hidup senang dan susah bersama. Hadapi semua tu dgn redha, syukur, sabar ❤️

Hye sis Saya almost 10 years in married life Saya rasa bab ni depends pada diri suami n isteri tu sendiri Kalau tengok sekarang yang berumur 50 60 dah ada cucu pon ada yang bercerai berai.. Saya dan suami kahwin atas aturan orang tengah so lepas kahwin baru betul2 kenal hati budi baru kenal family masing2 life hidup masing2 Tapi kalau kita dah set mind dari awal percaya pada aturan Allah insyaAllah semua okay Sepanjang almost 10 years ni saya dan suami pegang prinsip strong communication, bertolak ansur, sharing, respect n support each other… Saya fully housewife Saya benti kerja lepas kawen Ya betul cakap sis just follow the flow Enjoy our life dengan cara yang sihat

Kalau macam merajuk+sesi pujuk memujuk ada lagi tak, bab financial pula macamana ya hehee

Depends. Kami dua dari zaman bercinta duk main gaduh baik gaduh baik. Lepas kawin pun sama cuma gaduh lepas kawin ni extreme sikit sebab serumah lagi la intense silent treatment tu. Tapi kejap je lepas tu kami berbaik. Suami jenis tak suka gaduh lama-lama so dia la selalu mengalah

I think it depends on individual marriage story. Tak perlu tunggu 5 tahun to achieve all that stuffs. Asalkan both husband and wife are responsible, dedicate, trustworthy, being honest, respectful, supportive, falling in love with each other everyday. Ni bagi I la hehehe

sama sis... ada naik turun hampir nk down pun ada jugak dgn life hidup berpasangan,, tapi Alhamdulillah still ingat Allah,, bahawa penceraian bkn jalan yg mudah ,, n bkn sng nk mulakn balik sulit tok d harungi lagi ,, jln hidup kita Allah yg atur .. Perbaiki selagi mampu ...

Bergantung. Tak semua. D tmbh lg ekonomi yg sekarat skrg smuaa brg mahal, gaji ciput. Blm lg kalau yg hsband je kerja n wife surirumah jg bby. Ada yg senang ada yg msih ssh. Tp dri diri sdri, rezeki dan usaha sdri je yg membezakan kot

Tak jugak sis, tetap ada up and downs, yg pasti bila usia 35 ke atas, Allah akan uji mcm2, dari parents sendiri, pasangan hidup dan kewangan..

Macam after 5 years baru marriage life start sebenarnya 😄

Mash ada pasang surut dia tp alhamdulillah sentiasa ada

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan