bleeding n sakit perut
Hi mummies.. sy pregnant 5wks.. 2hari sy alami sakit perut yg teruk n bleeding mcm period.. ada pi klinik doctor ckp just monitor je... Dia suruh tgk bleeding tu ada ketul2 x.. tapi bleeding tu keluar darah ketul2 juga la... siapa ada pengalaman mcm sy... Sy down2 sgt2

Saya setakat berkongsi pengalaman saya je. Masa masuk trimester kedua, saya start bleeding. Masa mula mula bleeding, ada keluar ketul darah beku dan darah. Perut tak sakit, cuma rasa tak selesa je sikit sebab darah keluar. Saya risau, terus ke emergency hospital. Doktor masuk speculum, scan smua, alhamdulillah baby masih ok. Heartbeat ada. Doktor cakap rahim saya ada luka sikit kat bawah. Threatening abortion - ancaman keguguran. Doktor beri ubat kuat rahim. Masa tu saya warded sbb nak monitor. Then balik rumah tu, jadi lagi keluar darah beku. Then pegi lagi emergency. Alhamdulillah, semua masih okey. Setakat ni, kandungan saya dah 17 weeks ++, dah 4 kali berkunjung ke emergency kes yang sama. Doktor cakap kalau bleeding luar biasa, baru pergi kecemasan. Kalau sikit sikit doktor suruh pakai pad dan monitor. Doktor minta perhatikan jenis darah yang keluar samada just darah beku atau menyerupai janin atau darah ikan. Atau mengalami kesakitan yang luarbiasa, kena cepat cepat ke kecemasan. Doktor suruh banyakkan rehat. Sampai sekarang pun saya masih bleeding, kadang kadang just spot dan kadang kadang banyak sikit dari spot tu. Ada masa macam aliran haid hari ketiga keempat. Kalau puan mengalami bleeding lagi, sebaiknya puan pergi je ke kecemasan. Doktor tak marah pun sebab mereka faham kita risau. Sementara ni puan banyakkan rehat dan fikir positif ya. Jangan risau sangat, insya Allah takda apa apa. Rajin pujuk baby dalam kandungan supaya kuat macam mommy dia dan banyakkan doa serta zikir. Jika ada pendarahan luarbiasa atau buat puans risau, segera ke klinik ya. Semoga Allah beri kesihatan yang baik kepada kita dan baby serta semua wanita yang mengalami perkara yang sama. Aaaminn. Percaya satu je, kalau Allah nak beri kita rezeki anak, dia akan jadikan ibu dan bayi sihat sampai ke akhirnya walau apa masalahpun yang datang. Berbaik sangka pada Allah. Kalau takda rezeki, just redha dan percaya bahawa kita sudah lakukan yang terbaik utk anak kita. Doakan saya juga ya, semoga saya dan baby sihat dan kuat sampai akhir.
Baca lagi


waiting for my 2nd baby