Kurang selera makan

Hi mummies, saya sekarang 25 weeks. Lately ni saya memang kurang selera makan (kalau nak makan pun, benda yg ringan ringan macam aiskrim). Tapi saya jadi kerap angin sbb tak makan. Ada tak sape sape yg ada pengalaman macam saya? Mummies buat apa untuk tambah selera makan

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya dari 24w to 26w berat static sebab selera tu biasa² je. And dah beberapa harini perut mudah masuk angin, gastrik. So syg buat mee sup, spaghetti aglio olio. Tukar sikit menu dari laul² gulai/goreng ke berkuah sup² and western. Makan tak banyak, tapi kerap ulang wlaupun tak lapar, sebab nak elak masuk angin. Plus boleh amalkan yakult waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur pon okayy. Yakult bagus utk kesihatan perut dan usu jugak sebab arwah mak saya pernah kena ulser dalam perut and doc yg suggest amalkan yakult, especially utk orang yg ada gastrik. Yakult yaa bukan vitagen 😅

Baca lagi
2d ago

Tu la kena makan sikit sikit tapi kerap. Okay lepas ni boleh try beli yakult. Thank youuu

Kurang selera makan memang boleh jadi cabaran, terutamanya semasa hamil. Mungkin boleh cuba produk yang dapat membantu meningkatkan selera makan. Anda boleh lihat di pautan ini https://invl.io/cll780v untuk penyelesaian yang mungkin sesuai. Selamat mencuba dan semoga cepat pulih!

awak kena try & error. macam saya selera makanan bersup dan mash potato. tu pun tak banyak, tapi makan sikit2 berulang kali. goreng2 memang takboleh nak telan.

3d ago

yes. rasa makin loya tekak 😅 welcome!