8 Balas
Kes saya pulak due 14/4. Doktor pakar hospital sebelum tu ada mention boleh bersalin ikut due & kena serah diri kalau tiada tanda2 sehari sebelum. Tapi hari Ahad 31/3 masa 38weeks doktor check air ketuban saya 7 dan saya perasaan baby gerak slow ngam2 masuk 38weeks tu. Maybe sebab perut dah padat sangat. Saya GDM on diet. Nak tak nak, terus doktor suruh saya admit ward. Sekarang tengah induce. Dah induce ke3 pun masih kecik sangat bukaan & takde rasa sakit😞 Last option kena czer after induce drip (yg ke4) Sekarang tengah meredha kan hati… Awak bincang elok2 dengan doktor. Kalau semua ok, tak mungkin doktor suruh admit tanpa sebab kukuh. Doktor tak boleh paksa kita admit. Macam saya haritu ikutkan saya taknak admit, saya cakap saya boleh pantau baby gerak kat rumah. Tapi doktor cakap, risiko sendiri since air ketuban dah kurang. Even cuba minum air kelapa pun, tak semestinya air ketuban boleh tambah dlm masa terdekat. Yg dalam perut tak nampak, jadi taktahu keadaan baby kecuali kena scan & khidmat doktor pakar. Haritu drama betul siap kita nangis sebab tak ready nak admit & induce😂 satu lagi reason doktor cakap, baby pun dah matang 38weeks tu, dan saya dikira precious baby sebab usia kahwin 5tahun. Dia taknak amik risiko.. Awak bincang elok2 ya, insyaAllah doktor dengar je kita punya ulasan.
Saya pun kena serah diri 38w sbb gdm on ubat. 5hri kena warded kena induce pill 1 kali,induce belon 1 kali. Bukaan cuma 3cm jer. Hari keenam kena pecah ketuban. Dah lebih 12jam, bukaan hanya 4cm jee. Terus kena emergency czer. Sambung kena warded lgi 4hari sbb baby kuning
Sya due 16/4 , tapi klau x beranak jugk 22hb kne serah diri .. bru hrini kaki bengkak , xde gdm ,kali kdua prgnant ni alhamdulillah .. klau ade dgm biase dokte suh bersalin awal ,tpi xde plk kne admit awal , sy dulu kne drah tggi + gdm trus admit awal 2 mnggu
Awak GDM apa? On diet atau insulin/med? On diet doktor bagi masa sampai due date kalau takde apa2 masalah kesihatan. On insulin/med, 38 weeks dah kena serah diri. Kalau waktu ni awak takde tanda2 bersalin lagi, doktor akan induce
I see. Yup kena induce kalau takde tanda lagi. Melainkan doktor ada beritahu yang baby awak terlampau besar atau awak ada masalah kesihatan lain yang tak boleh buat awak bersalin normal. Doktor akan proceed untuk C-sec terus tapi yang ni selalunya doktor akan inform awal. GDM on med memang tak boleh lebih 38 weeks.
sama sis..sy pun ikut due 17/4 tp hari ni 2/4 kna serah diri.doc kat klinik kk ckp smua ok cuma kna admit awal sbb gdm..doc kk x xplain btl2 so sy x fhm sgt..apapun tawakal jela..dmoga slamat ibu n bby
haah laa awak.. sama laa mcm saya 2 minggu lgi dh kne adwid ward 22/4 emm, saya ada gdm, lpstu dr ckp semua ok, bby ok.. risau pulak saya
klau ada gdm memang kene serah diri awal
induce hari yg sama ke sis msa admid
Ella Sonia