Pantang...

Mulanya nak pantang rumah sendiri ambil cl untuk 10hari je, rm1200 sebab ada promo. Mak saya takde. Mil pula jalan bertongkat. Jarak rumah ngn mil pun cuma, 3minit macam tu je. Mula mil okay lepastu kakak ipar ttbe cakap ambil cl dengan kawan dia, 1500 siap tidur rumah tapi syaratnya kena rumah mil kalau rumah sendiri cl tu taknak. Saya pun blank, sebab saya tak cakap pun saya nak cl yang stay tidur rumah saya.... Saya memang nak pakej cl ulang alik harihari je adoiiii dahlah lagi mahal, suami saya bukannya gaji besar, beli barang baby and ambil cl ni pun duadua ikat perut Lagi satu, rumah mil tu ada kakak ipar saya tu duduk sekali dengan suami. Bertangas, urut apa semua kena buat diruang tamu. Toilet ada satu je dan sempit. Ruang tamu tu pula berhubung dengan semua bilik & dapur jadi orang memang lalu lalang. Saya, dah explain pada suami bab aurat dengan suami kakaknya dan adik lelaki dia. Lagilagi mereka jenis hisap rokok dalam rumah/bilik tidur. Kesiannya baby nanti. Mula dia faham dan cakap akan cuba pujuk mak nya. Tapi tadi dia kata mak suruh juga kesana 7hari, sebab kalau suami nak rehat dia boleh tengokkan juga and mak dia tak bagi suami saya, cuti kerja even 3hari je masa saya pantang, maknya kata rugi grrrr. Lepastu siap suruh saya tidur sebilik dengan cl yang dorang nak ambil tu supaya bila baby nangis dia akan settlekan. Saya perlukan suami bukan makcik entah mana mana dekat sebelah 🤣😭 Lagi mengejutkan, cl tu ada jual produk kurus, cikgu zumba yang buat kelas dirumah, belajar mengurut jadi cl dengan maknya yang ada pengalaman jaga menantu pantang je 😱 Next, tadi mil saya kata, nanti takyah beli buah ngn sayur. Pantang kena makan nasi dengan ikan je, lainlain tak perlu. Minum air masak je tapi tak boleh banyak. Aaaa baby belum keluar dah rasa stress nak pantang 🤣 Pastu mil saya dengan kakak ipar ni suka ikut pantang larang orang dulu. Contoh, masa pregnant tak boleh menjahit nanti lubang tak terbuka, senduk nasi takleh berkesan lubang senduk tu nanti lubang berulat blablabla. Saya kalau yang tak mudaratkan saya malas layan, ikutkan je. Tapi bila dia kata baby 3bulan dah nak bagi makan nasi terus makin seriau. Faham ni cucu pertama tapiiiiii aaaa due date bulan 9 nanti, harap sempatlah saya bodek suami pantang dekat rumah je. Rimas woo bila bayangkan nak bertudung je waktu pantang, nak susukan baby lagi aaaa, lepastu siap suruh angkut tilam dari rumah kami untuk tidur sana aaa banyaknya kerja Sorry semua saya cerita panjang pula🤣Saya ada anxiety and depression bergantung pada ubat jadi memang taknaklah tidur dengan makcik mana tah tu. Orang nak suami yang support sebab dia janji pun pantang dia nak ada dengan saya je sebab masa pregnant, saya kena covid teruk, demam panas, sakit teruk semua sorangsorang je. Pastu saya ni jenis cepat rimas atau rasa macam seram sejuk bila tak sedap badan dll, jadi saya takut stress pula kena bertudung and pakaian lengkap, nanti nak kena pack barang baby lagi untuk kesana lepastu balik nak kena kemas lagi ayoyoyo takmoo. Suami saya macam anak mak sikit, dia memang apaapa utamakan mak dia. Tapi dia faham bila saya explain or kata taknak buat sesuatu yang mak dia suruh. Cuma kalini kesian dia macam tersepit. Mungkin saya patut redha jelah 😩

56 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Maaf ye awak.. banyak red flag untuk awak berpantang kat rumah MIL.. lagi pon jarak rumah terlalu dekat jadi tiada masalah utk mereka ulang alik rumah awak.. saya ringkaskan di sini lebih baik pantang dirumah sendiri.. 1. Tiada privacy.. terlalu ramai bukan muhrim Dan perlu jaga aurat.. then kena tido sebilik dgn CL?? Suami lepas tangan tak payah jaga baby?? kalau nk mintak tolong suami mcm mana? 2. Persekitaran yg tidak sihat.. merokok didalam rumah Dan bilik.. kesian ye dekat baby nty kalau jadi apa².. kita yg hidu asap rokok pon sesak nafas apatah lagi baby.. 3. SIL memandai suruh amek CL kawan dia yg lagi mahal and demand pulak sedangkan awak yg bayar.. 4. SIL cadangkan CL entah Dari ceruk mana tiada pengalaman untuk jaga awak (bayaran mahal) pengalaman ceduk Dari maknya yg jaga menantu pantang je?? 5. Pemakanan tidak sihat.. kena pantang buah, sayur Dan air?? kesannya nty awak kurang susu badan, luka lambat sembuh Dan stress.. blm kira susah nak berak lagi.. masa pantang kena makan makanan yg berkhasiat untuk hasilkan susu and luka cepat baik.. buah, sayur, air semua penting ye.. 6. Percaya benda kurafat Dan mengarut.. apa kaitan tah senduk nasi berlubang dgn vagina kita berulat.. pk logic pon tak sampai.. 7. Kurang berilmu.. baby sehingga 6 bulan ye kena minum susu ibu/formula sahaja tanpa solid food.. 3 bulan nak bagi makan nasi sesilap baby boleh meninggal sebab usus pecah.. perut baby terlalu kecil Dan belum matang untuk proses makanan.. 8. Kesihatan mental awak sangat penting masa berpantang ni.. awak sendiri ada anxiety and depression Dan bergantung kepada ubat.. lebih baik ada suami disisi yg jaga drpd CL yg entah dtg Dari mana.. takut awak meroyan je and harm your baby kalau pantang kat rumah MIL.. belum kira kalau baby meragam and nangis lagi.. mcm² boleh jadi.. 9. Menyusahkan diri nak pack segala barang nak angkut pergi rumah mertua yg jauhnya 3 minute boleh sampai.. Cukup la 9 point ni utk awak fikir sebaiknya sblm buat sebarang keputusan.. fikirkan diri sendiri sblm nak puaskan hati org lain.. badan kita, kita la yg buat keputusan.. drpd luahan awak, 100% awak nak pantang dirumah sendiri.. bincang dgn suami sebaiknya Dan terangkan kenapa penting pantang dirumah sendiri.. semoga dipermudahkan segala urusan awak ok.. maaf Komen terlalu Panjang..

Baca lagi