Pantang...

Mulanya nak pantang rumah sendiri ambil cl untuk 10hari je, rm1200 sebab ada promo. Mak saya takde. Mil pula jalan bertongkat. Jarak rumah ngn mil pun cuma, 3minit macam tu je. Mula mil okay lepastu kakak ipar ttbe cakap ambil cl dengan kawan dia, 1500 siap tidur rumah tapi syaratnya kena rumah mil kalau rumah sendiri cl tu taknak. Saya pun blank, sebab saya tak cakap pun saya nak cl yang stay tidur rumah saya.... Saya memang nak pakej cl ulang alik harihari je adoiiii dahlah lagi mahal, suami saya bukannya gaji besar, beli barang baby and ambil cl ni pun duadua ikat perut Lagi satu, rumah mil tu ada kakak ipar saya tu duduk sekali dengan suami. Bertangas, urut apa semua kena buat diruang tamu. Toilet ada satu je dan sempit. Ruang tamu tu pula berhubung dengan semua bilik & dapur jadi orang memang lalu lalang. Saya, dah explain pada suami bab aurat dengan suami kakaknya dan adik lelaki dia. Lagilagi mereka jenis hisap rokok dalam rumah/bilik tidur. Kesiannya baby nanti. Mula dia faham dan cakap akan cuba pujuk mak nya. Tapi tadi dia kata mak suruh juga kesana 7hari, sebab kalau suami nak rehat dia boleh tengokkan juga and mak dia tak bagi suami saya, cuti kerja even 3hari je masa saya pantang, maknya kata rugi grrrr. Lepastu siap suruh saya tidur sebilik dengan cl yang dorang nak ambil tu supaya bila baby nangis dia akan settlekan. Saya perlukan suami bukan makcik entah mana mana dekat sebelah 🤣😭 Lagi mengejutkan, cl tu ada jual produk kurus, cikgu zumba yang buat kelas dirumah, belajar mengurut jadi cl dengan maknya yang ada pengalaman jaga menantu pantang je 😱 Next, tadi mil saya kata, nanti takyah beli buah ngn sayur. Pantang kena makan nasi dengan ikan je, lainlain tak perlu. Minum air masak je tapi tak boleh banyak. Aaaa baby belum keluar dah rasa stress nak pantang 🤣 Pastu mil saya dengan kakak ipar ni suka ikut pantang larang orang dulu. Contoh, masa pregnant tak boleh menjahit nanti lubang tak terbuka, senduk nasi takleh berkesan lubang senduk tu nanti lubang berulat blablabla. Saya kalau yang tak mudaratkan saya malas layan, ikutkan je. Tapi bila dia kata baby 3bulan dah nak bagi makan nasi terus makin seriau. Faham ni cucu pertama tapiiiiii aaaa due date bulan 9 nanti, harap sempatlah saya bodek suami pantang dekat rumah je. Rimas woo bila bayangkan nak bertudung je waktu pantang, nak susukan baby lagi aaaa, lepastu siap suruh angkut tilam dari rumah kami untuk tidur sana aaa banyaknya kerja Sorry semua saya cerita panjang pula🤣Saya ada anxiety and depression bergantung pada ubat jadi memang taknaklah tidur dengan makcik mana tah tu. Orang nak suami yang support sebab dia janji pun pantang dia nak ada dengan saya je sebab masa pregnant, saya kena covid teruk, demam panas, sakit teruk semua sorangsorang je. Pastu saya ni jenis cepat rimas atau rasa macam seram sejuk bila tak sedap badan dll, jadi saya takut stress pula kena bertudung and pakaian lengkap, nanti nak kena pack barang baby lagi untuk kesana lepastu balik nak kena kemas lagi ayoyoyo takmoo. Suami saya macam anak mak sikit, dia memang apaapa utamakan mak dia. Tapi dia faham bila saya explain or kata taknak buat sesuatu yang mak dia suruh. Cuma kalini kesian dia macam tersepit. Mungkin saya patut redha jelah 😩

56 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sama la sy fikir mcm sis juga, sy pulak mak mertua beria ajak pantang rumah dia kat selangor, sy skrg duduk kedah ikut suami kerja. alasannya sbb nnt sy sama due dgn biras, so senang jaga dua2 serentak, sy kepalahotak kan ajer dalam hati .. mslh nya nnt suami sy bkn cuti pun, so nak sy duduk rumah mertua tanpa suami, yg biras sy happy² ad suami..sbb dorg mmg duduk ngan mertua sy.. geram giler rasa, rasa meluat lak dgn perangai mertua, sy masih ada mak ayah yg boleh jaga sy..cara dia ajak tu mcm sy ni anak yatim ..kalau takda maka ayah pun tak ingin la pantang ngan mil..kite tak selesa mmg la mak suami tp serius smpai skrg masih awkward ..kdg tgok sheila rusly jaga menantu dia elisya sandha tu terdetik jugak, dia tak awkward ke ea dgn mak mertua dia huhu

Baca lagi
TapFluencer

Harap suami faham dan x dayus. Aurat isteri paling nak kena jaga bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda ipar adalah maut, means kita kena berhati-hati kerana sebarang kemungkinan maksiat boleh berlaku. Dan bab CL bermalam, saya mmg paling tak gemar org luar tinggal serumah di rumah sendiri. Sebarang kemungkinan yang tak best juga boleh berlaku. By the way, mmg agak ngeri ya bila ipar duai dan MIL jenis masuk campur. Urusan makan berpantang, nak membesarkan anak pun semua nak ditentu2kan, harap puan tak meroyan la nanti. Cuba tegaskan untuk tetap berpantang sendiri di rumah. Dalam situasi puan ni nampaknya ramai nak masuk campur, takut puan tak dapat berpantang dengan tenang dan berehat. Belum lagi isu anak nangis, terus diminta suap susu formula bagai.

Baca lagi

try discuss lagi awak, ada masa lagi ni. explain n pujuk je husband awak, tunjuk la video ke post org2x yg bila isteri stress/anxiety jadi mcm mana, bagi dia faham n tanya nak ke tgok isteri dia mcm tuh juga. time pantang ni kena jaga emosi betul2x, lagipun mmg kita nak husband dgn kita kan, CL selalu kejap je, tak pernah lagi tau CL jaga kita 24jam , mcm pelik pun ada. dgn makan pantang pun betul jaga, sayur ,buahnya takda ke, baby pun start 3bulan nak bagi makan, tuh zaman dulu tuh. skrg kan da lain , 6bln baru makan. da anak first pula tuh. apa pun awak try je pujuk juga. takkan nanti jadi apa2x baru dia nak fikir n myesal kan. ni pasal diri awak.

Baca lagi

suami sis baik tapi dpt pulak family yg toxic, ambil kesempatan dlm kesulitan .. sis pakat la dgn suami nk berpantang dengan aman .. aman dari manusia yg toxic.. dlm pantang ni emosi awak yg kena jaga .. nanti bila byk sngt pihak yg masuk campur masa sis dlm pantang lagi la sis stress .. semua serba x kena ..pantang sendiri lagi seronok .. lagi pun jarak umah tak jauh , bole je mil & sil melawat lps habis pantang .. kena explain kat suami smp suami x bole nak counter balik sis .. rancang elok2.. elakkan yg x sepatutnya ..emosi mak yg rosak sure struggle utk besarkan anak dgn baik ..nak2 klo anak high need ..

Baca lagi

kalau pendapat saya , berpantang ikut kemampuan dan keselesaan sendiri .. jangan sebab nak jaga hati terus hati sendiri tak terjaga , sebab kita ibu2 baru bersalin ni emosi yang penting kena jaga kalau berpantang dalam keadaan stress pun tak boleh juga .. biarlah ipar awak tu nak terasa ke apa janji awak rasa selesa dan mampu dengan cara sendiri , saya pulak tak suka nak berpantang dalam keadaan stress ni , sebab yang tanggung risiko adalah kita sendiri nanti sasaran anak dan suami .. puan fikir2 lah betul2 sebelum buat keputusan jangan sebab nak jaga hati orang diri sendiri pula yang sengsara .. ☺️

Baca lagi
VIP Member

Bagi sy. Kalau sy mampu sy takkan bergantung pd org lain. Contoh mampu atau berjaya kumpul duit sndiri utk CL, sy akan tolak bantuan CL akak awk tu. Supaya satu masa nnti xde la ada isu mengungkit. Biasalah kte bkn kenal 100% kan. Dan suami awk kene firm dan kene bijak jaga hati awk dan famili dia. Dia kan ketua keluarga. Awk jgn pening2. Utamakan diri sndiri dulu. Sbb awk yg beranak ni bukan mak mertua awk. So priority kat awk. Kuat smngt ya. Sy pun ada anxiety deppresion tu sy fhm sgt. Sy pun menabung utk CL supaya xnk susahkn org lain😁

Baca lagi

pleaseee, demi kesejahteraan hidup awak masa berpantang nanti, tolong la pantang dekat rumah sendiri. saya berpantang dekat rumah mak sendiri pun stress sebab 1) jauh dari suami 2) mak ayah memandai nak suap baby dalam pantang makan 3) mak ayah nak main dengan cucu dia je, kita yang sakit ni kena urus diri sendiri. emosi masa pantang sangat lah fragile. teruskan je upah cl awak yang 1200 tu. awak kena jadi selfish, demi diri awak and baby masa dalam pantang nanti. saya doakan urusan awak dipermudahkan.

Baca lagi

cakap kt suami kerja ada peruntukan AL, ambil je la, kenapa nak rasa rugi.. dan bab aurat tu hak isteri, tanggungjawab suami yg wajib dijaga.. dan nak ada anak ni, perjalanan panjang lagi, kenapa awal2 dah fikir penat nnt suami nak tolong, direct je cakap kat dia kalau macam ni perangai, cukup la seorang ni.. kakak ipar tu sebenarnya nak ambil kesempatan, mesti CL tu akan buat kerja rumah la hape jugak kalau duduk sana, tp awak yg bayar, seronok la dia.. mana ada CL cuma boleh stay rumah sekian2 je..

Baca lagi

Sis jgn stress ckp aje pada suami sis nak berpantang kat rumah sendiri. Suami nak gi kerja gi xde masalah. Amik CL sis jg sis. Bukan maksud sis tak hargai niat baik fmly suami, tp sis rasa sis lbh selesa dirumah sendiri sewaktu pantang gini. Sis insist sis x mahu cederakan hati siapa pun dan sis x mahu terasa sendiri sewaktu pantang. Sis ingin duk sendiri supaya blh rehat dan blh belajar jaga anak sendiri utk pengalaman sis dari CL yg dtg ulang alik. Sis pun akan terasa cergas.

Baca lagi

awak sendiri bagitahu mak mertua awak yg awak tak nak berpantang rumah dia..awak sendiri kena bersuara dan tegas spya suami tak tersepit antara 2...tk pyh ckp kasar2..ckp jer lembut2 tapi tegas dan tekad..bgitahu terang2 dan jelas2..apa pun cdagan mak mertua selepas tu ckp jer xnak..bgthu lh terus terang apa yg jd halangan awak untuk berpantang rmh mak mertua tu..kalau degil jgk..ckp jer xcukup bajet nk ambik cl mak mertua tu sbb mahal sgt..pandai2 lh tipu sunat hehe😂😂

Baca lagi