Pantang...

Mulanya nak pantang rumah sendiri ambil cl untuk 10hari je, rm1200 sebab ada promo. Mak saya takde. Mil pula jalan bertongkat. Jarak rumah ngn mil pun cuma, 3minit macam tu je. Mula mil okay lepastu kakak ipar ttbe cakap ambil cl dengan kawan dia, 1500 siap tidur rumah tapi syaratnya kena rumah mil kalau rumah sendiri cl tu taknak. Saya pun blank, sebab saya tak cakap pun saya nak cl yang stay tidur rumah saya.... Saya memang nak pakej cl ulang alik harihari je adoiiii dahlah lagi mahal, suami saya bukannya gaji besar, beli barang baby and ambil cl ni pun duadua ikat perut Lagi satu, rumah mil tu ada kakak ipar saya tu duduk sekali dengan suami. Bertangas, urut apa semua kena buat diruang tamu. Toilet ada satu je dan sempit. Ruang tamu tu pula berhubung dengan semua bilik & dapur jadi orang memang lalu lalang. Saya, dah explain pada suami bab aurat dengan suami kakaknya dan adik lelaki dia. Lagilagi mereka jenis hisap rokok dalam rumah/bilik tidur. Kesiannya baby nanti. Mula dia faham dan cakap akan cuba pujuk mak nya. Tapi tadi dia kata mak suruh juga kesana 7hari, sebab kalau suami nak rehat dia boleh tengokkan juga and mak dia tak bagi suami saya, cuti kerja even 3hari je masa saya pantang, maknya kata rugi grrrr. Lepastu siap suruh saya tidur sebilik dengan cl yang dorang nak ambil tu supaya bila baby nangis dia akan settlekan. Saya perlukan suami bukan makcik entah mana mana dekat sebelah 🤣😭 Lagi mengejutkan, cl tu ada jual produk kurus, cikgu zumba yang buat kelas dirumah, belajar mengurut jadi cl dengan maknya yang ada pengalaman jaga menantu pantang je 😱 Next, tadi mil saya kata, nanti takyah beli buah ngn sayur. Pantang kena makan nasi dengan ikan je, lainlain tak perlu. Minum air masak je tapi tak boleh banyak. Aaaa baby belum keluar dah rasa stress nak pantang 🤣 Pastu mil saya dengan kakak ipar ni suka ikut pantang larang orang dulu. Contoh, masa pregnant tak boleh menjahit nanti lubang tak terbuka, senduk nasi takleh berkesan lubang senduk tu nanti lubang berulat blablabla. Saya kalau yang tak mudaratkan saya malas layan, ikutkan je. Tapi bila dia kata baby 3bulan dah nak bagi makan nasi terus makin seriau. Faham ni cucu pertama tapiiiiii aaaa due date bulan 9 nanti, harap sempatlah saya bodek suami pantang dekat rumah je. Rimas woo bila bayangkan nak bertudung je waktu pantang, nak susukan baby lagi aaaa, lepastu siap suruh angkut tilam dari rumah kami untuk tidur sana aaa banyaknya kerja Sorry semua saya cerita panjang pula🤣Saya ada anxiety and depression bergantung pada ubat jadi memang taknaklah tidur dengan makcik mana tah tu. Orang nak suami yang support sebab dia janji pun pantang dia nak ada dengan saya je sebab masa pregnant, saya kena covid teruk, demam panas, sakit teruk semua sorangsorang je. Pastu saya ni jenis cepat rimas atau rasa macam seram sejuk bila tak sedap badan dll, jadi saya takut stress pula kena bertudung and pakaian lengkap, nanti nak kena pack barang baby lagi untuk kesana lepastu balik nak kena kemas lagi ayoyoyo takmoo. Suami saya macam anak mak sikit, dia memang apaapa utamakan mak dia. Tapi dia faham bila saya explain or kata taknak buat sesuatu yang mak dia suruh. Cuma kalini kesian dia macam tersepit. Mungkin saya patut redha jelah 😩

56 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

jangan.. pantang je rumah sendiri.. ambil je cl yg mcm mana awk rncang untuk 10 hari.. ckp je dah booking n dah bayar dah.. awk minta tlg laa cl tu untuk cover awk.. mcm sy semata2 untuk jaga hati org,xnk org terasa,sy minta tlg org untuk cover sy..boleh je sy nk direct ckp tp xsuka la masam2 muka ni.. lagi2 kalau org jenis mmg xnk faham..belum beranak lgi dah mcm2 org tetapkan..pantang ni bukan setakat bdn je kne jaga.. emosi ,fikiran smua kne seiring..nk pantang kt ruang tamu,berpanas2, ipar2 laki lalu lalang,bilik air satu je, mknn smua dicatu,xboleh buat pilihan sendiri n lain2.. kalau sy ,sy mmg xboleh..ni pantang rumah mak ayah pon sy bnyak kali melalak nk blik uma sendiri nk pantang ada suami even suami kerja,sy jaga bby sorg..sbb suami kerjalahh mak ayah sy jaga sy n baby..pastu dah balik sana xboleh handle bby sorg2 trpaksa blik uma mak ayah sy balik 😂 tp kurang2 bab2 makan mak sy xpaksa/ketat..even czer pon mcm2 sy langgar pantang.. cuma rumah mak ayah yg sy tak tahan sbb cuaca panas n ayah sy xboleh dengar baby mnangis..tp bab2 lain smua ok.. tu je..so benda ni smua pilihan awk.. buat pilihan yg tak effect mental fizikal n emosi kita..kalau rasa benda tu awk xboleh,jgn truskan..

Baca lagi