Pantang...

Mulanya nak pantang rumah sendiri ambil cl untuk 10hari je, rm1200 sebab ada promo. Mak saya takde. Mil pula jalan bertongkat. Jarak rumah ngn mil pun cuma, 3minit macam tu je. Mula mil okay lepastu kakak ipar ttbe cakap ambil cl dengan kawan dia, 1500 siap tidur rumah tapi syaratnya kena rumah mil kalau rumah sendiri cl tu taknak. Saya pun blank, sebab saya tak cakap pun saya nak cl yang stay tidur rumah saya.... Saya memang nak pakej cl ulang alik harihari je adoiiii dahlah lagi mahal, suami saya bukannya gaji besar, beli barang baby and ambil cl ni pun duadua ikat perut Lagi satu, rumah mil tu ada kakak ipar saya tu duduk sekali dengan suami. Bertangas, urut apa semua kena buat diruang tamu. Toilet ada satu je dan sempit. Ruang tamu tu pula berhubung dengan semua bilik & dapur jadi orang memang lalu lalang. Saya, dah explain pada suami bab aurat dengan suami kakaknya dan adik lelaki dia. Lagilagi mereka jenis hisap rokok dalam rumah/bilik tidur. Kesiannya baby nanti. Mula dia faham dan cakap akan cuba pujuk mak nya. Tapi tadi dia kata mak suruh juga kesana 7hari, sebab kalau suami nak rehat dia boleh tengokkan juga and mak dia tak bagi suami saya, cuti kerja even 3hari je masa saya pantang, maknya kata rugi grrrr. Lepastu siap suruh saya tidur sebilik dengan cl yang dorang nak ambil tu supaya bila baby nangis dia akan settlekan. Saya perlukan suami bukan makcik entah mana mana dekat sebelah 🤣😭 Lagi mengejutkan, cl tu ada jual produk kurus, cikgu zumba yang buat kelas dirumah, belajar mengurut jadi cl dengan maknya yang ada pengalaman jaga menantu pantang je 😱 Next, tadi mil saya kata, nanti takyah beli buah ngn sayur. Pantang kena makan nasi dengan ikan je, lainlain tak perlu. Minum air masak je tapi tak boleh banyak. Aaaa baby belum keluar dah rasa stress nak pantang 🤣 Pastu mil saya dengan kakak ipar ni suka ikut pantang larang orang dulu. Contoh, masa pregnant tak boleh menjahit nanti lubang tak terbuka, senduk nasi takleh berkesan lubang senduk tu nanti lubang berulat blablabla. Saya kalau yang tak mudaratkan saya malas layan, ikutkan je. Tapi bila dia kata baby 3bulan dah nak bagi makan nasi terus makin seriau. Faham ni cucu pertama tapiiiiii aaaa due date bulan 9 nanti, harap sempatlah saya bodek suami pantang dekat rumah je. Rimas woo bila bayangkan nak bertudung je waktu pantang, nak susukan baby lagi aaaa, lepastu siap suruh angkut tilam dari rumah kami untuk tidur sana aaa banyaknya kerja Sorry semua saya cerita panjang pula🤣Saya ada anxiety and depression bergantung pada ubat jadi memang taknaklah tidur dengan makcik mana tah tu. Orang nak suami yang support sebab dia janji pun pantang dia nak ada dengan saya je sebab masa pregnant, saya kena covid teruk, demam panas, sakit teruk semua sorangsorang je. Pastu saya ni jenis cepat rimas atau rasa macam seram sejuk bila tak sedap badan dll, jadi saya takut stress pula kena bertudung and pakaian lengkap, nanti nak kena pack barang baby lagi untuk kesana lepastu balik nak kena kemas lagi ayoyoyo takmoo. Suami saya macam anak mak sikit, dia memang apaapa utamakan mak dia. Tapi dia faham bila saya explain or kata taknak buat sesuatu yang mak dia suruh. Cuma kalini kesian dia macam tersepit. Mungkin saya patut redha jelah 😩

56 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya berpantang sendiri. Sy lebih pentingkan penyediaan makanan, jadi saya ambil pakej makanan berpantang sahaja utk 30 hari. Baki 14 hari lagi saya /suami boleh sediakan. Just simple2 tp cukup nutrien ibu dan baby. Ambil pakej ni pun, saya tetap pantau menunya. Sy banyak bertanya pada yg ambil khidmat tu dan mana yang saya rasa tak perlu, saya akan maklumkan sendiri dan ganti dgn menu lain. Untuk urutan dan bantuan CL, saya ambil pakej 3 hari shj. Sebab memang sebelum2 ni 3x urut lepas bersalin dah memadai bagi saya. Then nanti memang setiap sekali sebulan saya akan berurut dgn bidan yang sama sebab kita perempuan kan, memang penat dgn kerja dan urus rumah. Badan nak pakai lama. Untuk saya, sy tak perlukan CL lama sebab baby tetap nak mengempeng dgn saya. Bab penyediaan tungku, air mandian herba, tangas, mandikan baby, suami tak kerja jauh..boleh bantu. InsyaALLAH bakal berpantang sendiri untuk anak ke-4 nnt.

Baca lagi