Cara turun kuning
Hi momy, sy dh selamat bersalin day 5 hrini. Cuma bby kuning makin tinggi 😂 ada tak tips turun kn bby kuning, mana tahu ad yg sy x cuba lg . Setakat ni pelbgai tips dh cuba 😂

Saya baby prolonged jaundice 2weeks . Mmg pnat ulang alik KK sampai baby turun kuning . Baby pula sampai kena ambil darah kat lengan dan ambil sampel air kencing . Syukur fungsi hati baby ok result semua normal . Memang kalau baby jaundice , mereka kuat tidur . So kita kena kejut bagi mereka bangun sejam sekali utk diberi susu(mesti) . So bila baby kerap menyusu , mereka akan kerap kencing dan berak , so kalau baby kerap kencing berak , hanya tu cara kuning cpt turun . Sis boleh jer selang selikan susu sis dengan susu fm . Utk cpt turun kuning , saya beli susu Lactogen . Memang berkesan . Habis kuning , saya tukar ke S26 gold . Baby saya paling tinggi kuning pun sampai 14.2( syukur tak masuk wad duduk bawah lampu) . Satu lagi , petua saya , mandikan baby dengan cucian beras kita yg pertama tu . Tu sahaja . Boleh try . Sepanjang baby saya kuning , saya stopkan dulu breastfeed . Kdg² , makanan yg kita makan mempengaruhi air susu kita bila tak pantang betul2 dan sebabkan kuning baby naik . Pantang dahulu makanan seperti halia . Habis baby kuning , boleh sambung balik.breastfeed dkt dia . Selamat mencuba .
Baca lagi