Result air gula tinggi

Hi momy.. nk tnya siapa sini yang result bacaan air gula die tinggi lepas minum air gula ? Saya bru dpt call dri kk yg result gula sye tinggi 9.1.. nnti kne dtg kk balik untuk kaunseling dgn doc. Siapa kat sni yg ade pengalalaman mcm ni ? Boleh share tak ? Ade effect baby tak ? Risau sgt la.. 🥺

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya. Dan ia disebut GDM. Kencing manis semasa hamil yg disebabkan hormon atau kita je yg tak tahu kita ada kencing manis atau rintangan insulin sebelum hamil sbb tak buat pemeriksaan kesihatan berkala. Ya, GDM berisiko kpd ibu hamil dan kandungan. Itu sebab klinik nak pantau paras bacaan gula dlm darah ibu sepanjang kehamilan. Boleh baca risikonya di buku pink atau buat carian Internet pada saluran yg betul. Tindakan puan, patuh arahan doktor, amalkan pemakanan no sugar less carbohydrates dan bersenam kerap sesuai kehamilan. Elakkan stress. Elakkan supplements yg tak dibekalkan oleh doktor yg pantau puan. Selepas bersalin jika puan tak jaga pemakanan dan gaya hidup sihat, beberapa tahun / beberapa bulan akan datang, kita akan diuji dgn penyakit kencing manis. Ia berlaku pada saya, trimister terakhir saya tak jaga pemakanan, selepas bersalin berat turun mendadak, buat ujian gula 2 kali, trend bacaan gula naik dan ia pre diabetes. Rupanya saya amalkan diet no sugar less carbohydrates yg salah. Saya join group FB PESAKIT KENCING MANIS / DIABETES, kat situ banyak info bermanfaat termasuk ibu GDM, banyak rupanya ilmu untuk kawal gula dlm darah. Mudahan semuanya baik tanpa mudarat.

Baca lagi
1y ago

Most welcome