Gastric lavage

Hi moms. Nak tnya, baby girl 10 bulan, tp underweight. Line kuning. 6.4kg je. Misi suruh jumpa MO pastu MO nak buat gastric lavage kat baby 3 hari berturut. Pertanyaan sy, perlu ke gastric lavage tu? Ksian kat baby nak kena masuk tiub utk mbik smpel cecair dlm perut. Moms yg baby berat line kuning, ada tak yg sama? Risau, anxiety and trus overthinking. Baby makan ok. Suka makan. Minum susu je kurg. Tdo pun ok. Baby sgt aktif.

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Gastric lavage adalah prosedur perubatan di mana doktor akan memasukkan tiub ke dalam perut untuk membersihkan perut daripada bahan beracun atau tidak diingini. Tetapi, gastric lavage juga boleh dilakukan untuk tujuan lain seperti mengambil sampel cecair dari perut. Bagi baby girl yang berusia 10 bulan dan berat badannya 6.4kg sahaja, mungkin ada faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan berat badannya rendah. Jadi, sebaiknya ibu perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penilaian keseluruhan tentang kesihatan baby. Sebelum bersetuju dengan prosedur gastric lavage, ibu perlu meminta penerangan yang jelas daripada doktor tentang keperluan dan risiko prosedur ini. Ibu juga boleh bertanya sama ada terdapat alternatif lain yang boleh dipertimbangkan untuk menangani masalah baby girl yang underweight. Sementara itu, pastikan baby girl terus diberi makanan berkhasiat dan nutrisi yang mencukupi, serta pantau pertumbuhan dan perkembangannya secara berkala. Jika baby girl masih aktif, suka makan, dan tido dengan baik, itu adalah tanda-tanda positif. Tetapi, sebagai ibu, kebimbangan adalah perkara biasa, jadi jangan malu untuk mendapatkan sokongan daripada komuniti ibu yang lain atau mencari bantuan profesional jika perlu. Semoga baby girl membesar dengan sihat dan bahagia. Jangan terlalu risau, ibu! Semua akan baik-baik saja. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Anak saya masa umur 1 tahun pun underweight jgk, berat dalam 8kg lebih je. Sekarang umur 3 tahun baru berat 11-12kg. Line kuning lagi. Tapi saya dah stop check KK. Saya x bawak jumpa pakar pun. Sebab anak saya alhamdulillah aktif je. Makan je. Susu je. Cuma dah jenis genetik kurus berat payah nak naik. Tapi misi/doctor ni x paham paham. Jenuh la nk kena check up sampai umur berapa. Saya ade beli macam macam jenis dah vitamin lysine / multivitamin, berat sama jugak. Selera makan okay je. Last last saya fikir maybe genetik dia gitu dah. Penat dah nak fikir pasal berat anak ni. Duit pun dh habis byk beli vitamin. Kadang x semua benda kita kena ikut pun cakap misi dgn doctor tu.

Baca lagi

if puan rasa ok je dgn anak yg kurang berat say no je kat procedure tu. jumpa doktor lain. sy anak line kuning dr 9m sampai now 1y10m. tp tk pernah doktor ckp nk buat gastric lavage tu. jumpa psp pun tkde mood. lagipun yg kite hidangkan elok je. tp dh tuan makan sikit. dh la nk sediakan tu kena ambik masa lama sbb nk layan dia lg nk sedia makan lg.. jumpa psp tiap bln pn bkn membantu. haha sorry stress jgk fikir berat tinggi anak ni. anak sy makan sikit, main banyak, susu bf je tiap sblm tidur siang @ malam.

Baca lagi

tak pula sbb anak saya 1y berat 6.8 je sis graf mmg x cntik berat dgn tinggi ni kalau x ok kena jumpa doktor pula sbb dh 3 kali berat naik 200g je tinggi 2 inci je naik nya , anak saya pun aktif susah demam makan pun ok je , better cari klinik pakar kanak2 lain untuk tnya pendapat bg saya normal je , x semua budak nak ikut graf buku selalu kalau mcm tu jenuh kita mak2 ni manjang kita kena anxiety sbb kan hal mcm ni padahal anak okay je 😊

Baca lagi

Kalau sis ok dengan berat anak sis, tolak suggestion doc tu. Bawa jumpa doc lain ke. Kadang sebab genetik. Buatnya masuk tiub tu kena jangkitan ke naya. Saya dah pernah terkena dengan nurse dan doc kk. serik rasa.

Mungkin doktor ada perasan simptom lain kot selain underweight saja. Cuba tanya doktor? Lepas baby dah 1 tahun, sis boleh cuba bagi susu formula utk catch up growth macam Ascenda atau Pediasure.

mcm anak saya yg sulung gitu la susu kurang mkn byk 1tahun 3bulan dah tapi berat garis merah ambil darah dh okey smua mkn ubat cacing dah MKN sabun cacing dah tp x naik2 anak Sye aktif juga

haih lah…mcm2 skrg. cari pakar lain lah sis… anak sy 8 & 7 tahun lepas underweight tp xde pun mcm ni process

better minta second third opinion. moga Allah permudahkan urusan sis.

VIP Member

mg smuanya baik2 shj dan dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin