Buku Pink Anak
Hi moms. Nak tanya pada mommies yg takde buku pink anak means anak lahir hospital swasta dan tak follow up checkup bulanan dkt klinik kesihatan tapi follow up dgn paeds hospital swasta. Ada tak? Ok tak momss?? Sama lengkap je kan dgn buku pink/biru kk??

Buku KKM adalah utama sebab lebih details. 1 - Lengkap imunisasi mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan. 2-Carta tumbesaran (berat, panjang/tinggi, lilitan kepala). 3- Pemeriksaan perkembangan (motor kasar, halus, bahasa, sosial). 4- Nasihat kesihatan (pemakanan, penyusuan, keselamatan, kebersihan). 5- Rekod kesihatan dari lahir hingga 6 tahun. Buku swasta boleh dianggap sebagai tambahan/backup, terutama untuk imunisasi tambahan (Rotavirus, Influenza, Varicella). Rekod tumbesaran & perkembangan sama konsep, tapi mungkin kurang terperinci.
Baca lagiOkay je. Asalkan ada buku rekod yang lengkap. Kalau anak saya punya nipis sikit la berbanding buku rekod KK sebab buku KK termasuk sekali dengan nota bacaan. Buku swasta anak takde nota bacaan. Hanya untuk rekod. Lagi pun awak check up hospital swasta under paed bukan semata vaksin kan? Mesti semua menyeluruh (berat, tinggi, BMI, milestone). So tak perlu pun pergi KK sebab sama je. Nanti jadi double check up.
Baca lagiOhh then okay la tu. Proceed je with PCMC. Kalau awak okay with double check up, pergi lah KK. So nanti anak ada 2 buku rekod and kena attend untuk both KK & private check up.
Untuk anak, kalau lahir kat hospital kerajaan memang akan dapat buku pink/biru untuk rekod vaksin & perkembangan. Kalau lahir swasta, biasanya hospital akan guna rekod mereka sendiri. Cuma kalau nak senang urusan akan datang dengan klinik kesihatan/ sekolah, elok juga minta buku rasmi KKM.
Takde masalah pun in the future. Saya time pregnant monthly check up swasta & beranak pun swasta. Hari ketiga bersalin nurse kk dah terpacak dpn rumah for home visit dlm pantang. Check kuning pun kt kk je sampai 2 minggu siap kk offer ambik perancang & vaccine anak kt situ. Tp saya takmau, proceed check up anak kt swasta 😆
Kk lebih details drpd klinik swasta. Jika ke klinik / hospital pakar O&G dgn kemudahan utk ibu hamil yg ada penyakit kronik, ada yg lebih details juga. Senang nak refer klinik NCD ke, jantung ke, dll
Anak you check up dgn hospital apa? Anak i columbia asia complete je
Then x perlu buka buku baby kt kk lg dah. Anak i pun monthly check up kt swasta je. I taktau la pcmc mcm mana style tp my experience kt comlubia sebelum due kita inform hospital siap2 paed mana yg kita nk for anak nanti. Paed tu sorang je yg akan incharge jaga anak kita sampai la dia besar. Semua vax i ambil even yg kk tak provide for free tu. I lg suka actually cos that paed mmg akan focus on our child je cos takde tukar2 paed. Lepas bersalin dulu hosp alert PKD so nurse kk home visit & i kena check kuning kt kk every day. Stress ye bila doctor2 yg bukan background paed check anak, tah apa2 je diagnosed. In fact sampai dorang bergaduh sesama doctor menangkan hujah dorang. I was like LOLLL. I mmg taknak cont check up tp they takut2 kan anak i akan itu ini bla bla. In the end i mmg said no then pergi swasta je. Lgpun penat nk check up 2 tempat, serabut 🤣 Buku baby anak i pun ok je takde masalah pun dgn sekolah ke apa. Yg tak pernah check up dgn swasta je beria nk takut2 kan
ok je