Kuning Baby
Hi moms.. Ada tips x nak turunkan kuning baby? Masuk hari ni baby dah 6 hari.. Masalah dia semakin hari semakin naik kuningnya.. Menyusu dah kerap jugak setiap 2 jam sekali.. Tq alls moms

Jangan bagi madu dan susu kambing segar. Itu saja nak pesan, memang ramai yang cakap itu ini, tapi setiap anak berbeza sistem badannya jadi jangan bagi makan atau minum apa2 pun kecuali susu ibu dan susu formula khas untuk newborn. Anak saya hampir sebulan kuning, kami cuma ikhtiar di bahagian luar sahaja dan minum susu dupro. Itu pun saya bagi selang susu ibu. Dan tak lama pun bagi sebab ada penurunan saya terus bagi susu ibu. Saya juga pernah bagi mandi air daun belimbing buluh. Macam2 cara, tapi yang paling penting kerapkan bagi minum susu ibu (8-12 kali sehari) saya buat 2 jam sekali minum susu, penat memang penat, tapi lagi penat kalau duduk ward. Jadi semangat ya ibu. Tak mengapa, kita kuat. In Shaa Allah akan turun. Aamiin.
Baca lagi


