16 Balas
From fb Doktor Imelda (sy cut yg berkaitan sal puasa) ππΌππΌππΌ Seorang ibu hamil 38 minggu masuk ke wad bersalin kerana air ketuban sudah pecah sendiri di rumah dan rahimnya sudah mula mengeras-ngeras. Bila ibu ini sampai, janinnya sudah pun meninggal dunia, dan kemudiannya melahirkan anak yang tidak bernyawa. Bila saya tanya berapa lama kah pergerakan janin mula berkurangan dan tidak cergas, ibu ini mengaku sudah DUA MINGGU pergerakan janinnya tidak cergas dan bergerak hanya sedikit-sedikit sahaja. Bila saya tanya kenapa tidak datang dua minggu sudah? Jawapannya: ibu ini sangka memang pergerakan janin akan berkurang bila ibu ini berpuasa pada bulan Ramadan. Nasihat yang ibu ini dengar datangnya dari kawan-kawannya. Saya kata, ini nasihat yang salah. Tetapi, kali ini sudah terlambat dan sudah tiada nyawa. --------------------------------------------------- Nasihat saya kepada semua ibu-ibu hamil: Selepas 28 minggu kehamilan, jika anda perasan yang kecergasan atau pergerakan anak di dalam kandungan berubah dan kurang dari apa yang kebiasaan untuk anak anda, ini tidak boleh dianggap sebagai perkara yang biasa, ini tidak boleh dikatakan normal, sama ada sudah matang atau tidak, sama ada ibu berpuasa atau tidak. Ini ialah kerana jika ibu perasan pergerakan janin berkurangan dan tidak cergas seperti biasa selepas 28 minggu kehamilan, didapati 25% (satu per empat) kehamilan ini ada masalah fungsi uri placenta yang menyebabkan masalah pembesaran janin. Kita hanya akan tahu kehamilan yang mana kah yang ada masalah hanya selepas membuat pemeriksaan kesihatan ibu dan ultrasound scan untuk menilai kesihatan janin di dalam kandungan. Doktor anda akan memberi anda nasihat apa nak buat selepas pemeriksaan dan penilaian kesihatan. Kami sudah tahu bahawa ibu-ibu yang melahirkan bayi yang sudah meninggal dunia, memang lebih dari 50% di antara ibu-ibu ini mengaku sudah perasan tanda-tandanya yang janin tidak sihat dan tidak cergas seperti biasa beberapa hari sebelum kematiannya, tetapi tidak datang ke hospital. Sebab inilah nasihat kepada semua ibu-ibu yang sudah melebihi 28 minggu kehamilan, berilah perhatian kepada pergerakan dan kecergasan janin di dalam kandungan, supaya anda kenal sifat anak anda sendiri. Ibu-ibu sendiri selalunya tahu dan kenal bagaimanakah perangai anak di dalam kandungannya. Jika ibu berpuasa dan perasan pergerakan anak di dalam kandungan kurang cergas dan tidak seperti kebiasaannya untuk anak anda, sila buka puasa. Jika selepas berbuka puasa janin menjadi aktif semula seperti kebiasaannya maka tak perlu bimbang. Tetapi jika selepas berbuka puasa janin anda masih lagi kurang cergas dan tidak aktif seperti kebiasaannya, maka sila lah datang ke hospital. Tak payah minta nasihat dari ibu-ibu lain di sosial media dan tak payah tanya kawan-kawan apa nak buat. Semoga semua ibu dikurniakan anak yang sihat dan bersalin dengan selamat.
Masa anak 1st dulu alhamdulillah saya dapat puasa full 30 days. Tapi masa tu kandungan baru 16w. Kalau sis nak cuba puasa, make sure jangan missed sahur. Pilih makanan yg sihat & berkhasiat. Macam saya dulu menu utama sahur selalunya oat dengan susu sebab oat lambat hadam. Jadi lambat sikit la rasa lapar. Hahaa...tahu pun lepas study & search info sana sini. Lepas tu doa banyakΒ²... Tapi sis dah masuk 32w make sure alert dengan pergerakkan baby ya. Semoga dipermudahkan urusan sis!π·
Sy dh niat nk puasa,tp bila kemarin sy dri kkia minum air gula lps dh siap tu,sy p lh beli brg kperluan tuk puasa,ble2 sy pening,nsb baik suami bpaking keta x jauh,,lps smpi d keta sy cari kedai roti sbb msa tu bdn sy dh mengigil nk melangkah pn mcm xble. . Jd sy putus kn xberpuasa. .skg sy. 28 weeks. . Ank pertama hritu ok ja,kli ni pl erm. .
Mcm sy hr tu try puasa ganti... Pastu xsmpat berbuka dia dtg rasa pening nk pitam. So, bln puasa ni mmg xpuasa la.. Risau apa2 dkt baby. Kalau sis nk puasa, try dlu tgk cmne.. Kalau rasa xlarat atau baby kurang gerak, berbuka je. Puasa blh gnti lg nti...
klau dh macam sebaiknya jgn la sian pulak kt bby
Thun lpas saya brpuasa ketika 20weeks dan mengerjakan umrah time puasa. Mmang mncabar tp saya positif je sbb nk puasa penuh, klau ponteng tkut lg susah nk gnti sbb menyusu, yg tu buat lg lapar
Ya sis. Lebih baik mintak pndgn doc, klau nk cuba puasa pastikan sahur, klau tk larat jgn pksa
Stiap org x sma kemampuan blh puasa atau x msa mngandung ni.. Awk kna cuba n usaha puasa dlu, kalo x larat baru buka.. X blh rancang trus x nk puasa.. Tu yg sy dgr ceramah ari tu
Ambik peluang utk puasa penuh. Ramai kwnΒ² i ckp puasa time menyusukan baby lagi letih. Skang tgh pkp, x keje, banyakkan rehat n baringΒ².
betul2 nk ganti tu nnti rsa lgi berat tp sy masih bkerja huhu wlaupn belerja dari rumah agak letih jugak moga diberi kekuatan π
Sy pun tgh pkir2 ni. Kalau ikutkan sy tgh tnggu hari je ni. Dh 39w. Tp kalau ikut doc dia kata ikut kemampuan masing2. π
moga bby boleh brpuasa dgn mummy π
Saya 37 weeks dah. Saya cepat lapar. Lambat makan je gastric pedih ulu hati pastu muntah. So suami tak bagi saya puasa.
Yup π
Sya pun 32 week 6 day puasa insyaallah niat puasa xde pape tpi terpulang diri masing masing lah ye larat x π
Anonymous