Nak tanya exprience mommy yg czer/c-section

Hi mommies yg ada exprience czer & berpantang bersama CL. Worth it tak untuk ambil? Adakah lepas luka dh okay baru kita ambil CL? Sy sgt overthinking walaupun belum bersalin. Tgh survey CL

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi, bagi saya if ada bajet worth it sangat2 ambik. if czer biasanya CL akan datang selepas seminggu, tp saya request dtg hari ke 5 sebab masa tu risau ada ketulan bawah ketiak (salur susu tersumbat) jadi nk cepat2 urut (sebab sakit sgt nak angkat tangan pun sakit). alhmdulillah dapat CL super duper best mengurut, sangat pandai handle baby, siap saya belajar mcm2 lagi. hari pertama lepas urut rasa ringan sgt badan, ternanti2 setiap hari CL dtg urut tu🤭. untuk urut & tungku, mmg saya tak bg sentuh kawasan perut. even masa urut pun saya cuma baring dan mengiring (siap CL lapikkan bantal lagi nak bg kita selesa). kalau bersalin normal biasanya CL akan mintak kita meniarap. saya tak buat sauna sebab seriau luka czer baru nak kering. tangas pun saya buat sekali je, mungkin sbb pakai pad bersalin tak sesuai kulit naik ruam, bila kena panas tu pedih nauzubillah. so boleh survey pakej yg sesuai dgn bajet dan kehendak ya. dan cari jugak yg boleh kompromi (kdg2 mungkin ada hari kita kena pergi klinik atau tak available di rumah, pastikan boleh postpone masa/tarikh, bukan burn).

Baca lagi