First time mom minta semangat

Hi mommies TAP, sy first time mom berpantang di rumah mertua atas kehendak suami dan atas kerelaan sy juga Alhamdulillah keluarga mertua melayan sy baik tip top. Seminggu lagi kami akan balik semula ke rumah sendiri dan sy akan start bekerja. Tetapi sy rasa takut nak hadapi keadaan bersama baby & suami sahaja dirumah. Takut tak dapat control baby menangis sebab kalau di rumah MIL memang MIL sy sahaja yang menenangkan baby. Malam2 kalau baby menangis confirm MIL akan tenangkan baby. Macam mana kalau nanti dah balik kerumah sendiri hanya saya dan baby sahaja nanti. Suami kerja balik lambat & biasanya suami pun tak dpt control baby menangis. Boleh mommy semua bagi semangat / tips / pengalaman utk sy hadapi hari2 mendatang bersama baby di rumah? Terima Kasih #ingintahu #pleasehelp #bantusharing #firstbaby

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

awk boleh buat sis, sementara masih ada masa duk berpantang rumah mertua tu..belajar la cara untuk menguruskan bayi awk sepenuhnya, macam nak kawal bayi menangis..mula² awk akan rasa "useless mum" sebab tak tahu nak redakan tangisan bayi awk sendiri tapi lama² awk akan tahu tekniknya sebab lain bayi lain ragam dia..sy sendiri 1st time mum juga, untuk sy faham tangisan bayi sy tu mengambil masa dengan sy masa berpantang pjj dengan suami serta waktu pkp plak tu..semua kena buat sendiri, anak menangis melalak tengah malam..memang buntu tapi sy taknak kejut mak ayah sy sebab masa dorg dah habis untuk jaga bayi kecil menangis tengah malam..satu je tips kalau bayi menangis, cuba pasang surah² atau white noise sebab bayi 0-3bulan masih terbawa² sifat dia di dalam rahim kita..rahim kita kan bising dengan bunyi denyutan jantung & darah..kalau bayi masih nangis, letak bayi dekat dengan jantung sis..tu bunyi yang dia dengar selama dia di dalam kandungan..semoga dipermudahkan urusan sis.

Baca lagi