First time mom minta semangat

Hi mommies TAP, sy first time mom berpantang di rumah mertua atas kehendak suami dan atas kerelaan sy juga Alhamdulillah keluarga mertua melayan sy baik tip top. Seminggu lagi kami akan balik semula ke rumah sendiri dan sy akan start bekerja. Tetapi sy rasa takut nak hadapi keadaan bersama baby & suami sahaja dirumah. Takut tak dapat control baby menangis sebab kalau di rumah MIL memang MIL sy sahaja yang menenangkan baby. Malam2 kalau baby menangis confirm MIL akan tenangkan baby. Macam mana kalau nanti dah balik kerumah sendiri hanya saya dan baby sahaja nanti. Suami kerja balik lambat & biasanya suami pun tak dpt control baby menangis. Boleh mommy semua bagi semangat / tips / pengalaman utk sy hadapi hari2 mendatang bersama baby di rumah? Terima Kasih #ingintahu #pleasehelp #bantusharing #firstbaby

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak boleh sis. sy pun first mom. baby baru sebulan lebih. berpantang sendiri. sy dan suami jaga sendiri baby tanpa bantuan sesiapa cuma kami selalu menghubungi mak , mak mertua, adik beradik dan kawan rapat yg sdh ada pengalaman menjaga anak. first two weeks is the hardest, penat bukan main. tidur tak cukup. pantang dilanggar. tapi di sana kami belajar sendiri cara handle baby. kenapa baby menangis, sis kena tau puncanya. selalunya, cara kami supaya baby kurang menangis, kami selalu dahulukan baby, cthnya selepas jadualnya minum susu jam 8am, jam 9.30am mcm tu, kami mandikn baby. selepas mandi jam 10am, susukan baby. selepas tu baby akan tidur. selepas 2 jam, berikan baby minum susu. begitu lah seterusnya. selalu periksa dan tukar lampin. kalau baby nangis tak henti wlupun dah menyusu dan tukar lampin, periksa perutnya. mungkin perut kembung. kalau baby sis menyusu badan, selalunya dia akan menangis sebab tak puas susu kalau susu tak cukup. try susukan dgn fml dan time baby tidur ambil masa utk pam susu badan. so far, kami buat cara ni. yg penting kita tau jadual baby dan pastikan baby adalah keutamaan kamu. bila kamu dah tau jadual baby ia memudahkan kita. ni tips dari sy as a new mom juga. all the best and embrace the moment!

Baca lagi