First time mom minta semangat

Hi mommies TAP, sy first time mom berpantang di rumah mertua atas kehendak suami dan atas kerelaan sy juga Alhamdulillah keluarga mertua melayan sy baik tip top. Seminggu lagi kami akan balik semula ke rumah sendiri dan sy akan start bekerja. Tetapi sy rasa takut nak hadapi keadaan bersama baby & suami sahaja dirumah. Takut tak dapat control baby menangis sebab kalau di rumah MIL memang MIL sy sahaja yang menenangkan baby. Malam2 kalau baby menangis confirm MIL akan tenangkan baby. Macam mana kalau nanti dah balik kerumah sendiri hanya saya dan baby sahaja nanti. Suami kerja balik lambat & biasanya suami pun tak dpt control baby menangis. Boleh mommy semua bagi semangat / tips / pengalaman utk sy hadapi hari2 mendatang bersama baby di rumah? Terima Kasih #ingintahu #pleasehelp #bantusharing #firstbaby

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy pon first time mom. sy ni jenis gelabah sis. kalau pergi mana2 kalau bby nangis mmg gelabah. sbb tu kalau jalan sy xpegang bby . even dlm carrier/stroller. smua husband yg bawa n pgg. tp satu perangai sy ,walau tengah pantang, mmg sy nk sy sorg je handle bby sy. sy brpantang dgn parent. mcm tolong angkt bby bg sy tiap kali nk susukan time malam,mmg mak sy, sbb sy czer tp nangis smua tu kbnyakan sy handle sendiri. kadang dgn suami. gilir2 dgn suami. lagi bila suami cuti dah habis . so tinggal sy parent je. sy xharap parent. sy lebih kpd suami. kalau malam2 bby nangis kitorg setel brdua dalam bilik. mak ayah biar tidur. mak jaga sy dri segi mknn je. mandian bsuh baju ke apa smua sy sendiri. sy pon jenis xlayan sangat pantang2 ni. tetap bsuh baju bby,tetap mandi air sejuk. sy xnk mak sy penat2 . lgipon sy mmg jenis aktif dri sbelum pregnat,pregnant lgi. ni bila dah balik rumah sendiri,sy xkekok dah. walau ni anak sulung sy. lgi2 suami busy kerja. kadang slalu balik malam. mmg sy setel anak sy sendiri. dan sy dah boleh hafal rentak tahu kenapa dia menangis. awk kene belajar sis. takut besok dah balik rumah sendiri,ank nangis,takut tak terhandle nnti awk stress laki bini. benda ni kalau jenis org xsabar boleh gaduh laki bini.. lain bila dah ada anak dgn sblum ada anak..belajar dri skrg. smua buat sendiri kalau boleh.. awk akn sendiri tahu apa kperluan anak awak.. nk bg tips bby pon smua bby lain2 ragam..brgantung pada kperluan dan khendak yg berbeza..sy xsuka org handle ank sy selain suami. sbb rasa mcm bukan anak sy pulak 😆 takpe sis. belajar slow2. ada masa ni.

Baca lagi