KESAN EPIRDURAL

Hi mommies! Sy nak tanya, betul ke tak epidural ada kesan sampingan? Boleh mommies share sebarang kesan sampingan jangka masa panjang epidural? Takpe ke kalau masa nak beranak nanti kita prefer untuk ambil epidural if in case laaa tak tahan sakit sangat kan… ada apa2 kesan sampingan/berpanjangan tak? Sebab I tak pernah dengar tentang kesan buruk epidural. But my friends mcm highlighted la kesan2 dia, sakit pinggang etc. Betul ke tak actually? Pls share your experience! Thanks!!

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam semua! Terima kasih atas soalan yang diberikan. Mengenai kesan sampingan epidural, setiap individu mungkin akan mengalami pengalaman yang berbeza. Walaupun tidak semua ibu akan menghadapi kesan sampingan, terdapat beberapa kemungkinan kesan sampingan yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk menggunakan epidural. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah sakit pinggang selepas prosedur epidural. Ini kerana jarum yang digunakan dalam prosedur epidural mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian tulang belakang atau saraf. Walau bagaimanapun, kebanyakan kesan sampingan yang ringan akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari. Beberapa ibu juga melaporkan sakit kepala selepas prosedur epidural. Ini biasanya disebabkan oleh tindak balas badan terhadap ubat bius yang digunakan dalam epidural. Kebanyakan sakit kepala ini akan sembuh dengan istirahat yang mencukupi dan pengambilan cecair yang mencukupi. Selain itu, beberapa ibu juga mungkin mengalami kesan sampingan lain seperti rasa menggigil, tekanan darah rendah, atau mual. Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini biasanya sementara dan tidak berpanjangan. Saya ingin menekankan bahawa setiap orang memiliki pengalaman yang berbeza dan penting untuk berbicara dengan doktor anda mengenai keputusan untuk menggunakan epidural. Doktor anda boleh memberikan anda maklumat yang lebih terperinci mengenai risiko dan manfaat epidural berdasarkan keadaan individu anda. Sekali lagi, setiap pengalaman ibu berbeza dan penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat keputusan. Saya harap perkongsian dari ibu-ibu yang telah mengalami penggunaan epidural dapat memberikan perspektif yang lebih jelas. Jika ada pertanyaan lebih lanjut, jangan ragu untuk bertanya. Terima kasih! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Before dorang suntik epidural tu doctor akan bgtau siap2 kesan sampingan..nti u dgr je apa2 kesan tu then decide nti msih nk ambl atau x.. salah 1 kesan epidural yg sy ingt blh mnyebabkn org tu lumpuh..sy x pernh ambl cuma pernah consider sbb msa tu air ktuban dh pecah then kna induce lg dua kali mmg lain sakit msa tu..since smua option pain killers msa tu doctor explain risky utk kandungan msa tu so sy x ambil..sy msa tgh2 sakit doctor explain2 tu nasib blh process info lg X smua org dpt ambil juga actually..klu doctor advice utk x ambil trpksa kna tahan je..msa u tgh tgu bukaan msa tu blh inform dorang yg u are considering to take epidural spya dorang blh standby

Baca lagi
6mo ago

Thank you dear! I really appreciate your feedback ❤️

im not sure sbb i 2x czer and received spinal anesthesia (bukan epi). sakit pinggang is more to posture. kdg kita bongkok, duduk xbetul terlalu lama can affect our pinggang. and setahu sy, if u nk epi, u kena request awal and also depends on availability of dktr bius...bila dh sakit they wont give u. and if bsalin gov hsptl, xsemua hsptl ada offer epi. they will offered to high risk mum only.

Baca lagi
6mo ago

Ya dear, I mmg do check ups everything dgn swasta. Dan insya-Allah bersalin pun di swasta. Tula, sbb nak faham dgn lebih mendalam tntg kesan epidural, I nak decide earlier. Hahahaha I have around another 3 months to go for delivery. So itu yg I concern sikit about the post-effect. Kalau no such thing, then I mmg 100% prefer ambil epi 😆

Hye mom Saya 2x czer , 2x epidural Memang ada sakit pinggang tapi bila saya tanya doctor samada ni kesan sampingan epidural, doctor cakap tak, ni kesan masa kita pregnant dulu sebab bawa perut… depends pada life style individu… Saya banyak exercise sekarang anak dah 5 tahun alhamdulillah berkurang banyak berbanding sebelum ni…

Baca lagi

sye 2x czer, both hosp krajaan. sye dpt dua2 jenis bius spinal anesthesia dgn epidiural. epidural biasanya akan bg (mengikut available hosp tersebut ) bawah 6cm. more then that dorg xkan bg. sye akn sakit pinggang if dduk terlalu lama or salah posture. slain drpd tu ok je. takada apa.

Baca lagi
6mo ago

kalau yang datang ke wad bersalin, air ketumban sudah pecah, selalunya proses bersalin akan berlaku lebih cepat. kalau contraction tiada, doktor akan berikan drip pitocin utk mengekalkan dan menggalakkan contraction. di hospital swasta, bukaan bawah 4cm boleh request injection tahan sakit yg akan disuntik di punggung, at least dapat la kurangkan sikit sakit tu bagi ibu2 yg takut cucuk epidural di belakang tu. di labour room ada gas entonox. kena tahu bila dan bagaimana utk sedut & hembus nafas kalau pakai entonox supaya berkesan utk kurangkan sakit. tapi kena ingat, semakin besar bukaan nanti, sakit akan sentiasa ada dan bertambah sakitnya. semoga semua ibu2 selamat melahirkan ya♥️

I bersalinkan my first kid in 2012 with epidural. Alhamdulillah nak masuk sekolah menengah dah dia so far i takda rasa sakit pinggang or other things yg mcm org cerita. Depends on badan maybe & rezeki juga. Hopefully takda rasa yg pelik2 in the future cos I kerja & lama lagi nak pencen 😂

TapFluencer

Setakat ni saya tiada apa masalah drpd epidural. Sakit pinggang tu jika postur badan tak betul, tak senam, tak jaga pemakanan.