Susu Ibu

Hi mommies semua. Sy baru shj selamat melahirkan baby girl pd 8/5/2020 secara normal. Tapi slps shj baby dilahirkan, doc terus ambil utk di tahan di ward sbb baby kurang oksigen. Sebabnya sy pecah ketuban awal dan sakit contraction melebihi 18jam. Jdi baby di tahan ward sbb kmgkinan boleh ada jangkitan kuman. Tapi alhamdulillah baby dh semakin pulih, dn dpt melawan kuman tersebut. Skrg ni pulak baby sy ada kuning. Jdi smpai skrg baby masih di ward shingga lah kuningnya berkurangan atau takde baru boleh keluar. Mslh saya, sy adalah first time mommy, susu sy tk keluar banyak even dh pump. Tukang urut pulak tk dpt dtg awal sbb tgnnya terseliuh tk dpt nk mengurut. Jadi baby sy smpai skrg masih belum dpt susu dari saya. Di hospital doc bagi susu tapi dia tk dpt terima sbb dia akn muntah balik. Sy sedih dn kasihan dgn anak sy, dlm masa yg sama sy tk dpt nk bf baby sy sndiri. Mommies2 semua ada tak pendapat or cdgn bagaimana nk tambah susu badan ye? Maaf post agk panjang. Harap boleh bantu sy

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi Dear, Moga urusan awk dipermudahkan.. Bila awk rasa macam susu tu agak merisaukan . Jgn panic. Bertenang dan fikir positif. Susu keluar setitik pun tu tanda nya awk ada susu . Cuma kena usaha lebih sikit.. *Kerapkan pam susu, dapat satu sudu pun tu dah okey tau.. sebb mula2 mmg macam tu. Dan akan bertambah dari hari ke hari . Dari awk dapat 2oz nanti akan jadi 8oz setiap kali pam 😍 *Masa pam tu bertenang setenang2 nya, fikir benda2 indah , bayangkan awk tengah susu kan anak awk. DILARANG STRESS semasa pam susu k 😃 sebb kalau awk stress benda tu akan mengganggu susu awk tau.. *Masa pam susu tu Banyak kan selawat dan amalkan Zikir AL-MATIN 70x ( MAHA KUKUH ) Waktu pagi dan Malam.. Zikir AL-MATIN ni zikir untuk ibu2 yg ada masalah susu 😍 Semoga Allah Mudahkan urusan kita semua 🌹

Baca lagi
4y ago

Alhamdulillah terima kasih sis ats tip ini 🙏🏻