Tips susu melimpah please

Hai mommies..ada cara supaya susu melimpah x? Saya memang nak bagi anak breastfeeding tapi dia sentiasa tolak sebab susu drop..sebab minggu lepas saya stress masa mak kandung saya jaga dan mak saya asyik marah and push saya,kadang² marah dia sampai xbagi saya nak susu kan anak hmm...sekarang saya duduk ngan mak mentua,so saya nak banyakkan balik susu badan..ada tips x selain kerap bagi baba susu badan sebab kalau anak saya mengamuk memang dia xnak susu badan..baby saya baru 1bulan 5hari..saya nak ajar dia balik susu badan sebab sekarang dia dah selesa minum susu botol.. and susu badan saya x cukup #firstmom #firstbaby

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis dah mention ‘selain kerap bagi baby susu badan’ pulak sebab tu lah salah 1 benda yang saya buat untuk dua2 anak saya. 🥹 Anak pertama saya berjaya full breastfeeding kan sampai lebih dari 2 tahun. Dalam pantang je saya mix sebab anak prolong jaundice memang bila nak bagi susu badan kadang dia tolak. Kalau bagi botol laju aje minum macam lapar bebenor. Tapi saya tak give up. Saya start kurangkan bagi botol dan kerapkan susu badan. Alhamdulillah susu saya banyak. Saya perasan drop sikit pun masa saya start period tu pun saya tak putus asa. Memang penat anak meragam macam tak cukup susu. Tukar2 nenen kiri kanan. Tapi sehari je lepas2 tu elok dah macam biasa. 😉 Anak ke 2 ni pun dah setahun sama juga fully breastfeeding tapi dalam pantang mix fm juga. Walaupun orang kata boy kuat minum lah nanti susu tak cukup lah. Saya iyekan aje. Tapi so far Alhamdulillah anak saya tiap bulan naik berat badan cantik je. Nak cakap pasal orang push suruh bagi fm, tipu la kalau saya cakap takde. Semuaaa orang keliling saya memang suruh bagi fm bila anak dah 6 bulan. Saya cuma iye2 kan aje tapi diorang bukan serumah dengan saya 🤭 Lagi 1 benda yang paling saya perasan, emosi pun kena jaga. Kena happy je kalau boleh. Sebab kadang bila saya stress, sedih, saya perasan susu saya sedikit drop. Macam mana saya tau? Anak meragam macam tak cukup susu. So pada saya kalau betul lah sis nak banyakkan susu, nak bagi anak susu badan, dua ni je yang kena jaga. Selain dari tu saya taktau. Semoga sedikit sebanyak yang saya share ni dapat bantu sis ☺️

Baca lagi
12mo ago

Kawan2 saya yg beranak around the same time byk dah bg susu formula kat anak. Ada yg bgtau susu tak keluar so bg fm ats nasihat doc(?) sebab berat anak tak naik banyak. Saya lahirkan awal jun lps. Sampai satu tahap rasa nak bg je susu formula sbb bf penat giler tak yah ckp lah tp husband byk support dari segi pemakanan dan emosi. support tu yg penting sebenarnya dlm bf journey kan? Kalau tak kita pun akan tempted utk try fm

1) MINDSET awak kena ubah. jangan asyik cakap susu xcukup. kira mcm awak asyik doa susu xcukup. awak kena yakin susu ada dan cukup utk baby minum 2) anak awak dah NIPPLE CONFUSE. sebab tu dia mengamuk bila awak offer susu. bukan sebab susu awak sikit. flow susu badan dgn flow susu botol xsama. bila baby hisap susu badan dia perlu guna kn tenga yg lebih utk hisap. kalau minum susu botol dia xperlukan tenaga. 3) xde jln shortcut. awak wajib jaga DEMAND & SUPPLY. awak jaga yg ini, inn shaa allah susu awak sentiasa ada dn cukup utk baby. kalau awak hanya focus pada supplement or makanan tapi awak xjaga DEMAND & SUPPLY awak, maka xguna juga. kita xperlu susu yg banyak. awak bukan nak feed peti ais. tapi cukup utk baby minum memadai. 4) kerap buat oral stimulation. boleh search dkt you tube cara nk buat oral stimulation dkt baby. sebelom buat pastikan tangan awak bersih. 5) belajar feeding que baby awak. jangan offer time baby dah nangis selak. confirm reject susu badan. boleh kerap offer time baby mamai. pastikan dlm suasana yg xde gangguan bunyi. boleh offer susu botol dulu kemudian tarik slow2 dn offer breast awak. pastikan lekapan baby awak betul. masa breastfeeding baby please enjoy. xperlu fikir benda2 yg buat awak stress 6) setiap mommy real milk booster berbeza2. awak hanya perlu makan or minum yg buat awak happy. bila awak enjoy makanan or minuman tu pasti milk production awak akan meningkat.

Baca lagi

tips susu melimpah tu tak ada tapi untuk sentiasa ada, boleh cuba 1) stop bottle feeding. 2) kerap bf on demand 3) dont depend kat milk booster diluar sana. saya mkn kurma hari2, minum oat, horlicks pun bagus. cuma makanan milk booster ni dia short term result. Susah juga ya mak sendiri tak pro direct bf. Mak saya sgt supportive untuk bf kan anak masa pantang so alhamdulillah anak sampai dah 3 bulan masih full bf. 4)Mengamuk tu mungkin baby overtired. Kena bg bertenang baru offer susu. 5) Stress salah satu punca susu drop. Mindset kita pun sama, jgn selalu kata tak cukup. Boleh jd satu doa. 6) belajar cara latch dgn betul. saya pun byk kali try n error masa kat ward dulu. nurse ada juga tanya “kenapa x masuk kls menyusu” huhu kalau ada masa takpe. Nurse lain ada tolong check kot anak ada tongue tie. Alhamdulillah normal and berjaya bf anak masa kat wad. Cuba cari video kat tiktok pasal nak ajar anak df balik macam mana. Ada tips and tricks kat sana. Local lactation kaunselor pun ada di tiktok. Kalau duduk area kl/ selangor lg mudah sbb ada satu center utk bantu ibu2 yg nak menyusu dan masalah yg timbul semasa penyusuan anak. Try search kakdy or nadmasrom kat tiktok. Good luck❤️

Baca lagi

anak taknak bf sebab susu drop tu mcm puan salah faham.. susu drop sebab anak tak nak bf tu baru betul.. anak tak nak hisap, then mak kena guna cara lain untuk keluarkan susu.. marmet @ pump.. fasa mak puan marah2 tu dah berlalu, tutup buku tu then usahakan balik 2jam sekali keluarkan susu. bagi guna botol lah ebm tu.. fm tu slow2 kurangkan bila puan dah yakin boleh fully bf terus stop jelah fm.. mcm saya lepas umur 2days topup fm, pastu slow2 stop, 39days umur baby dah stop fm fully bf je, anak 14months sekarang masih bf takde amek susu lain. menangis jgk awal2 tp berjaya alhamdulillah

Baca lagi

sy amal air masak je untuk susu badan bnyk ank dlu sy ajar ank sy susu botol jugak masa 8 ari sekarang dia 2 bulan 5 ari dia dah xnk susu botol dia selalu minum susu dada je sy klu susu kurang sy bnyk minum air masak sekarang alhamdulillah ank sy dah xminum susu botol biasa sy pam letak dalam botol susu tp ank sy stil xnk botol awq kena yakin susu awq ad jngn down jngn ckp susu xde

Baca lagi

awk kne bagi rangsangan semula pada payudara tu. sbb baby da kurg menyusu badan, jd rangsangan kurang. effect nya kilang susu akan fikir dh tk prlu utk hasilkan susu sbbtu susu mkin skit. jd kena mulakan balik rangsangn tu. urut2 ke, pam ke, cube google ...

saya amalkan minum air horlick panas tiap2 hari atas saranan misi KK tempat saya sejak dari sblom bersalin smpi dah bersalin alhamdulillah. susu memang meriah.

1st…jgn fikir susu takde ataubtak cukup..2nd, kena happy2. Try makan sawi atau longan ke. Kena kerap bg baby nnt lama2 byk balik