susu ibu + susu formula

Hi mommies semua. Baby saya baru masuk sebulan++. Saya berjaya breastfeed direct selama tempoh berpantang. Sekrg saya pam dan bottle feed supaya senang bila masuk kerja nanti. Masalahnya, saya tak dpt nak memenuhi demand anak saya. Susu pun cam tak byk masa berpantang dulu. Saya bercadang nak bagi susu badan dan jugak formula. Erti kata lain, saya nak campur. Ada tak mommies disini yang campur jugak? So far ok tak? Sorry ye, no judgemental comment dan comment mengatakan susu ibu yg terbaik. Saya sedar bahawa susu ibu adalah terbaik cuma saya bukan golongan ibu2 yg meriah susunya. Tq ye mommies.

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Faham sangat. Baby saya pun baru masuk sebulan, first baby. Semasa di hospital selepas beranak (c-section), susu badan memang tak keluar. Masa 3 hari di hospital saya minta nurse beri susu formula, saya tak peduli diaorang nak marah atau apa asalkan baby saya dapat menyusu. Bila dah discharged dari hospital terus beli susu formula utk baby sebab kesian tengok baby tak dapat menyusu dengan baik masa 3 hari di hospital. Dalam beberapa hari selepas tu saya usahakan lagi utk breastfeed baby walaupun masa tu susu badan sikit jer keluar. Sekarang ni saya beri dua2 - susu formula dan breastfeeding - sebab susu badan masih sikit dan tak dapat nak penuhi demand baby, kesian tengok baby masih lapar. Saya akan breastfeed dulu dan kalau lepas tu dia masih nak menyusu, saya akan beri susu formula. Ada yg nasihat suruh pam, saya dah cuba, tapi susu badan saya tak meriah macam tu. Sekarang ni masih lagi berpantang dan saya akan teruskan buat macam ni. Nanti kalau saya dah start kerja, siang baby dapat menyusu formula waktu mak jaga. Bila saya balik kerja baby boleh breastfeeding dengan saya waktu malam. Nurse di Klinik Kesihatan memang akan marah kenapa kita tak bagi breastfeeding. Tapi kita sebagai tuan punya badan dan tuan punya baby lebih faham apa keadaan yang kita alami siang dan malam dari hari pertama baby tu lahir. Jangan fikir sangat kata orang, ni peringatan utk saya sendiri juga. We know what's best and we are trying our best.

Baca lagi
VIP Member

Ok je sis, sy pn sama.. Sy bersalin normal ank 1st, kna thn wad 3hri sbb jaundis& kna fototerapi.. Msa tu baby asyik nangis sbb lapar😭 susu 3hri msi tk kluar.. Balik2 susukn baby sampai nipple crack, tuhan ja tau mcm mna perasaan msa tu.. Sy bersalin msa pkp tk da sesiapa blh lawat/teman. Hri ke3 dpt blk rmh sbb jaundis baby turun sikit but still kena cek kt kkia. Besok tu dtg cek kt kkia, bila timbang berat baby turun jauh sgt. Berat lahir 3.26kg turun p 2.8kg😭😭 sy luah dgn doc psl mslah sy, doc tu ckp ok boleh bagi susu fm utk turunkn kuning baby. Sbb baby kerap kencing tpi tk berak, tu yg kuning lmbat turun... Ulang alik kkia utk kuning slma 8hri, syukur hri ke 8 kuning baby turun p 99mmol.So, doc ckp tk perlu dtg lgi😌😌 Msa baby umur sehingga 1bln sy bgi bf + fm, sbb bila bgi bf ja baby menangis tk cukup biarpn dah bgi kiri kanan... Tpi masalahnya bila baby sy msk 2bln, dia tknak bf sy. Bila sy bgi dia hisap then dia nk muntahkn balik pdhal masa tu dia tgh klaparan. Bila sy pam pula susu sikit saja 😭biarpun berjam2😭 mcm2 sy dah buat utk bgi susu meriah tpi mmg tk meriah mcm ibu2 lain😌 Mmg dri awal bertekad nk bagi full bf tpi apakn daya.. Sy tk smpi hti nk tgok baby lapar😌 smpi skg sy bgi full fm.. Baby sihat je, berat pn normal..

Baca lagi

Ok je. Saya dr hari pertama usia baby dah minum susu formula kat nicu. Hari kedua baru dapat jumpa baby tapi air susu xde lagi. So nurse bagi susu formula jugak. Dalam seminggu lebih cmtu bru la dapat breastfeed sebab awal2 tu try bagi baby susu bdn walaupun xde air susu lg. Ending dia nipple bedarah. So stop susu badan seminggu bagu nipple sembuh. So sejak tu sy bagi susu formula dan breastfeed. Baby kuat susu,air susu x byk. Trpksa la bagi combine. Sebelum bersalin mind set memang nak fully breast feed. Tapi apakan daya. Tapi syukur Alhamdulillah dalam sebulan 10 hari baby dah naik 7 cm panjang.

Baca lagi
VIP Member

Boleh je sis. Saya pun campur susu badan dengan susu formula. 🤗 Masalah saya pun sama macam sis, susu tak banyak. Dah buat macam2 utk tingkatkan penghasilan susu ibu, tapi bila pam banyak tu juga. Jadi campur susu pada pendapat saya adalah best decision untuk kaum ibu yg ada masalah macam kita.

boleh je campur. pedulikan kata2 org. kita sebagai ibu tau apa yg terbaik utk anak kita. tau setakat mana kemampuan kita utk bg menyusu badan. kalau anak lapar demand tinggi, susu pulak supply x cukup masa tu takkan kita nak biar anak kelaparan kan ? kita bagi susu, bukan bagi racun pun. hehe.

5y ago

Betul sis. Tq ye.

Ok je. Takde masalah pun. Anak saya, saya topup susu formula sb lps bf bby still nangis. Nirse sibuk ckp kenapa tak fully bf, dah explain pun next month check up dgn nurse yg sama, sibuk tanya nape mix. Kita ibu nya tahu mana yg terbaik. Bkn bagi bubur pun since newborn.

Anak ke 5 ni..insyallah..saya bekerja..saya pun x pernah pam susu..selama ada ank 4 org..saya bg direct je..x pasti saya boleh atau tak utk pam susu..berharap sgt2..boleh susukan baby ngan susu sendiri..walaupun kena pam kan..entah lah..tgk je la nanti lps bersalin..

Boleh je sis saya pun bagi baby saya minum susu Formula start dari umur dia sebulan dah bagi dah sbb susu saya pun tak meria juga tapi saya campur lah bagi dia minum susu badan dan susu formula 😊

5y ago

Susu formula ape yg oke sis

No need to worry, kita dah usaha untuk breastfeed baby, tapi susu tak cukup, demand baby kena ikut dgn use fm, sy pon start keje dah campur, now susu bdn ada lagi, cuma tak banyak.

ok je nak campur susu ibu + susu formula...mcm saya time dgn baby sitter bagi susu formula mlm saya bagi susu ibu...saya pun susu tak meriah juga 🤣