takut untuk bersama lepas bersalin.

hi mommies.. sebulan lepas saya ada luahkan tentang saya takut bersama dengan suami. bila bersama tu rasa sakit. terima kasih kepada mommies yang jawab soalan saya dan bagi saranan untuk saya. saya da buat macam mommies sarankan. pakai pelincir untuk bersama tu. tapi masih sakit. bila pakai pelincir saya rasa sakit dan panas. walaupun saya tak ambil pelincir yang warm pun. jadi kami pun stop untuk bersama. serba salah dibuatnya. suami saya faham je dia tak nak bagi saya trauma. tapi saya la kesian kat dia. saya takut juga kalau kalau ada masalah dalaman. perlu ke saya jumpa dr? saya tak tahu nak luah kat siapa da kalau bukan kat sini😭

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Awak punya jahitan dah confirm fully recover kan? Sy x rasa awak ada masalah dalaman, cuma ye lah mgkn awak yg masih rasa trauma, rasa takut, dan awak fikir awak perlu bersama dgn suami sbb awak kesian dgn die. Sy rasa awak mgkn x bersedia lagi nk bersama dgn suami, tp bg awak pula awak mesti bersama dgn suami sbb kesian. So end up awak stress kt diri sendiri n x enjoy nk bersama. Cuba awak tukar environment lain. Pergi check in dgn husband kt tempat2 yg menarik. Awak suruh la husband beli night lingerie, suruh die pilih, beli perfume, so awak enjoy semua tu automatic awak pun akan enjoy sendiri untuk bersama dgn suami. Short vacation pun it's fine. Jgn set in mind yg awak kesian dgn husband. Set in ur mind awak pun nk have satisfaction bila bersama dgn suami mcm sebelum ada anak nie. Create perasaan horny dgn husband sebelum bersama tu. Naughty2 dgn husband sebelum bersama tu. Am very sure awak x perlukn pelincir tu semua.

Baca lagi
1y ago

terima kasih banyak mommy.. saya first time mom jadi banyak benda perlu belajar lagi. terima kasih atas nasihat yang diberi. saya akan cuba untuk tukar mind set an environment pula. thank you thank you😍

I pun facing benda yg sama mcm sis. Tapi mcm saya masa beranak natural tear 1st degree. Then koyak dia tu kebawah nak ke anus. Then when bersama rasa tegang and sakit kat situ. I was wonder sbb kulit dah jadi tegang sbb kulit tu dia tarik untuk jahit cantumkan. I bersama pun mmg extra careful sikit salah position sikit je sakit. Mmg kesian kat husb. Kadang nak bersama teringat sakit tu then terfikir if benda ni jadi sampai bila2 mcm mana eh. Better doc yg gunting koyakkan daripada natural tear. At least kalau doctor yg buat koyak tu ke tepi bukan ke bawah ngam2 kita punya tu.

Baca lagi
1y ago

argh scarynyaa.. saya dr gunting. tapi saya masih rasa kesakitan tu. mungkin trauma saya tak habis lagi.

Sama 😂.. hahhh memula nk bersama dngn suami mmg takut .. 4kali suami mntak .. sy tolak sbb takut bahagia bawah tu rse ngilu terbayang kena jahit.. lepastu suami x putus asa .. last sy redo tpi lama akn ok mcm biase sis.. cuma akn rse ketat.. tpi pstikn luka dh btol2 Sembuh.. sy start bersama lepas 3bulan lebih bersalin

Baca lagi
1y ago

saya anak nak masuk 4bulan da. nanti saya cuba lagi. harap tak sakit lagi bila nak cuba bersama😭

Biasa la sis, benda ni kena amik masa. Kdg kita trauma pun boleh rasa sakit, kdg pikiran kita tu kan, heheh, tak pa sis take your time.

1y ago

thank you sis✨