Pengasuh atau penjaga
Hi mommies saya first time mom here, saya nak tanya jahat tak saya kalau saya perlukan pengasuh untuk jaga anak saya tapi saya wfh je . Sebab saya agak letih hari hari uruskan baby seorang diri kadang sampai tak sempat mandi. Dah malam baru mandi. Tapi saya tak sampai hati nak bagi anak untuk orang lain jaga tapi dalam masa sama saya penat sangat. Oh lagi satu sebenarnya saya ada sakit skoliosis dan jantung sebab tu saya agak lemah sikit untuk aktiviti fizikal yang berterusan. Apa pendapat mommmies kat sana ? Sekarang ni saya pujuk hati saya yang anak saya lagi 8 bulan akan setahun dan dah mula faham keadaan sekitar dan faham apa kita cakap compare dengan time dia bayi ni. Tapi korang rasa patut ke saya pujuk hati atau ambil pengasuh ?