20 Balas

1. Steriliser tak perlu pun. Warmer pun tak perlu. Rendam air panas je. 2. Dua2 perlu. Kalau ada budget lebih boleh beli yg wireless. Senang pam sambil buat kerja kesana kesini. Pam dalam kereta pun mudah. 3. Saya beli je yg stand tu and tub mandi boleh lipat sbb mudah mandikan anak tak sakit pinggang. Beli yang mur2 je kat sopee 4. Saya pakai bengkung sajat yang hook tu sbb senang nak ke tandas lagipun kalau pakai bengkung tali takda orang nak tolong tarik, buat sendiri sekejap je longgar balik (mungkin sy yang tak pandai ikat) 5. Banyak penyesalan. Antaranya beli baju newborn banyak2 sekali anak keluar besar. Ada yg tak sempat pakai pun. Baik beli baju yang 0-3 bulan / 0-6bulan. Lagi menyesal tak beli nasal aspirator awal2 untuk sedut hingus anak sbb anak jenis nak berubah bulan je mesti demam selsema. Menyesal beli milk collector yang macan cawan tu sbb kena pegang 😅. Kalau nak beli, beli yang boleh selit tu mudah banyak kat sopee yang mur2. Menyesal beli breast pad mahal2. Sbb last sama je semua. Beli kat momo house murah dan jimat. Menyesal tak beli cream snowhite awal sbb anak ruam pampers. 6. Saya ada stroller tapi jarang pakai. Kalau keluar lebih suka pakai carrier yang pakai dibadan sebab pergi mall nak naik lif semedang nak kena tunggu lama untuk utamakan anak2 muda yang sihat keluar beramai2 ni kat dalam lif tu. So pakai carrier mudah boleh naik escalator je. Carseat beli kemudian pun boleh. Mcm sy anak mmg taknak duduk carseat. Nak beriba je. Ada carseat pun tak pakai. Ini list saya dulu Keperluan mommy 1. Pad 2. ⁠Bengkung 3. ⁠Minyak panas 4. ⁠Nursing bra (kalau perlu) 5. ⁠Breast pad 6. ⁠Milk storage 7. ⁠Breast pump 8. ⁠kain batik 9. ⁠milk collector (kalau perlu) 10. ⁠stoking Keperluan baby 1. Pampers 2. ⁠baju (0-3/0-6) 3. ⁠minyak telon 4. Stokin / mitten & booties 5. ⁠topi tutup kepala 6. ⁠barut 7. ⁠botol susu 8. ⁠puting (kalau perlu) 9. ⁠susu formula yang kecil (standby je) 10. ⁠kain bedung (swaddle) 11. ⁠kain lap mulut 12. ⁠multi purpose cream untuk merah2 kat area pampers / ruam bawah leher 13. ⁠changing matt 14. ⁠wet wipe 15. ⁠bag Lain2 1. Tilam 2. ⁠selimut 3. ⁠warmer (kalau perlu) 4. ⁠sabun basuh botol (sunlight aloe vera) 5. ⁠berus basuh botol 6. ⁠stroller/carrier 7. ⁠car seat 8. ⁠buai/ swing (kalau perlu) 9. ⁠baby court (kalau perlu)

1. Awak perlu decide dulu nak baby minum susu ibu or susu formula. Suri rumah baik DF je. So tak perlukan botol susu pun. Melainkan pump susu, dan bagi orang lain jaga baby guna botol susu, sterilizer dan warmer sangat berguna. Kalau dah guna susu formula, bancuh dalam botol susu, so sterilizer diperlukan juga lebih senang dan jimat masa. Peralatan breast pump dan baby toys juga guna sterilizer. 2. Kalau suri rumah boleh DF je. Kalau nak simpan stok susu ibu, boleh belajar teknik marmet. Jimat tak payah beli breast pump. Lebih cepat kosong kan breast. 3. Beli baby bath tub yang ada support. Senang nak mandikan baby. Bila baby dah besar pun bath tub tu masih boleh pakai boleh letak toys dalam bath tub tu untuk baby main sambil mandi. 4. Ikut cara pantang masing2. Saya pantang sendiri so tak pakai bengkung sebab susah nak bergerak. 5. Ikut keperluan bukan kehendak, so takda rasa penyesalan. 6. Carseat sangat penting untuk keselematan baby dalam kereta. Kalau bekerja, drive sendiri, hantar nursery, selalu travel memang wajib ada carseat ni. Stroller kalau suka travel atau pun setiap minggu wajib ke shopping mall sila lah beli. Kalau jenis duduk rumah je, baby carrier pun dah ok kalau bawa baby jalan2. Baby carrier pun boleh pakai dalam rumah sambil buat kerja rumah. Harap membantu.

TapFluencer

hi mommy. saya share pengalaman berpantang sendiri (bersalin normal) dan seorg suri rumah. 1. klu sy perlu. beli yg murah je kt shopee. 2. dua². manual beli yg murah je. in case xde letrik bolehlah guna. 3. dua² pun boleh. cm sy beli biasa je. masa mula² sy urus anak sendiri. letak besen atas meja utk mandikan anak sbb nak jaga luka lepas bersalin. 4. sy guna bengkung bersalin tradisional berzip dan bertali tp pakai sekali je sbb rasa rimas 😅🤣 5. myesal beli pad bertali kat shopee. better beli maternity pad cth brand pureen. kapas lembut dan x berapa rasa sakit. 6. anak umur 4 bulan baru beli stroller & 6 bulan beli carseat. yes carseat wajib dari segi undang². awal² tu, sy jenis mls nak jln. lagipun antibodi baby x kuat lg dan mudah dapat sakit. cth demam, batuk & selesma. ni klu baby sakit, lagi pening taw. mcm tempat sy nak check up anak kt KK, stroller x boleh bawa masuk. klu lenguh, sy suruh je En Suami tlg angkatkan. now anak da 11 bulan, selalunya sy akan keluar ke Aeon Mall sbb dekat dgn rumah. senang nak bawa jln². masa anak 9 bulan, da bawa pergi genting. siap naik cable car 😅🤣 dan bawa stroller.

Sis boleh share tips pantang sendiri? Saya nak pantang sendiri jugak tapi takut sebab first time nanti menggelupur call parents kalau something jadi 🥹

1. ada duit blh beli tp kena pilih benda2 yg nak sterile tu bahan yg blh diguna. sy X pakai. 2. kalau nk pakai pam, cari wearables bkn yg wired bp, bg sy dr wired baik manual bp. sbb kalau pakai wired kena duduk jaga dia jgk, kita nak pam sbb nk buat kerja lain.kalau kena duduk baik direct bf je. 3.bg sy yg biasa, kalau stand tu blh pakai kejap je masa baby tk buas bergerak je. 4.zap2 or nama bengkung express. Sy X pakai. 5.menyesal beli sabun bedak semua toiletteriees sbb tak pakai 1 pun. bagi org besar pakai je sbb ada sls semua. pastu 3m baru pakai sabun tu pun aveeno sbb anak kulit high maintenance laa plk. menyesal beli set berpantang mandi2 sapu2 daun2 batu tunku bengkung, tp tak pakai pun sbb malas nak renyah2 nk hi toilet pn payah, walau org yg tolong prepare kite rehat je. 6.carseat guna dr baru lahir nak balik rumah dr hospital, nak gi kk check kuning hari2 pun guna car seat. stroller anak 1m lebih sy dah guna sbb bawak gi grounding jalan2 kat pantai semua. sblm tu just teli rumah.

Saya cuma boleh cakap ikut keperluan dan lifestyle masing2. 1) Saya guna sebab saya working mom. Jimat masa saya. 2) Saya guna auto sebab jimat masa, senang, dan kurang penat. 3) Saya guna baby bathtub yang biasa. Takde stand. Sekarang anak dah 2y++ still pakai lagi. Lagi2 waktu anak tak sihat. Nak bagi anak relax dengan warm lemon bath. 4) Tak pakai set pantang. 5) Takde. Semua guna. 6) Carseat ni penting. Macam seat belt baby. Kita parents masuk kereta pakai seat belt sebab utamakan keselamatan. So do baby. They need a carseat for their safety. Macam pelik bila parents fikir safety untuk mereka but untuk anak tak pikir safety pulak. Anak saya memang duduk dalam carseat since NB sampai sekarang 2y++. Asal naik kereta je, carseat la tempat anak duduk. Stroller boleh kira berapa kali je saya guna. Selebihnya kami selesa dan boleh dukung anak. Lagi pun stroller ni hadiah hehe So yeah ikut keperluan dan lifestyle masing2 😊

Hi mommies. Saya pun suri rumah so saya cakap based on my experience ya. 1. Tak perlu. Saya dh beli bottle warmer brand Supermama. Last2 mmg boleh kira berapa kali je guna. Dah prelove balik pun 😂 2. Saya beli breastpump auto. Guna masa awal2 je sbb taknak bagi fm. Pastu nak rest sbb first time mom kan bila pump malam boleh suami bagi baby susu. Tapi dah lama peram pump tu sbb baby dah mix feeding & dh start solid pun. 3. Besen mandi baby yg biasa. Yg stand pun mcm lagi senang je. 4. Jangan beli bengkung tradisional dulu2. Susah ya 😂 saya pakai bengkumh sexycurve je. 5. Menyesal beli tak ada pun, sbb first time kan. So now dh tahu apa perlu & apa tk perlu. Setiap orang lain2. Mcm saya ada beli dua bantal nursing last2 tk pakai sbb tk selesa. 6. Yupp utamakan. Saya beli masa baby belum lahir pun. Supaya baby belajar duk dalam carseat, setengah baby kalau ajar lambat nnti dia tknak duduk dalam tu.

1-Botol warmer xperlu ...membazir ja...bawa air panas siap2 dlm blik ja sbelom tidor..klau anak nak susu bancuh skjb ja..xperlu pergi dpur 2-seeloknya beli yg auto...klau manual letih renyah ja...tpi sya xbeli pon...bgi bf trus ja 3-Besen mandi xperlu pon xpe kot...dlm pantang mak sya mandikan anak guna air suam ja..lepas tu lalukan baby bawah air paip ja..dah settle 4-Bengkong beli yg bergam tu..kemas elok 5-Yg menyesal...bju baby bnyak xperlu..sbb baby cepat besar...n nnti kawan2 n fmly pon akan bgi hadiah bju slalunya..baju newbond jgak.. beli bju jumsuit n sleppsuit senang dkung baby kemas n selesa... 6- Carseat sya beli..anak duduk time baby sja..bila dah besar xnak duduk da...xyah la beli bazir ja...lain la klau sis slalu ulang alik jarak jauh drive sendiri ke...kena ada carseat laa Itu sja sya leh sugges..Tq

1. Klu duduk rumah je, tak perlu. Cuma ia memudahkan kerja ibu. 2. Kalau buat kerja senang guna yg auto. Nk lg mudah yg xde wire tu. Beli manual juga pun boleh. Untuk spare jika yg auto xde bateri. Buat stok susu senang utk suami bg bby minum terutama mlm2. 3. Sy setakat ni just guna besen apa yg ada je kat rumah. Anak 50 hari. 4. Kalau normal, yg tali tu ok juga. Klu czer , yg tampal tu xde tali. Tu pun better pkai lpas 2 mggu. 5. Takde kott.. sbb sy mmg beli yg pnting2 je dlu. Kalau rasa nk yg lain tu beli kemudian. 6. Sy smpai skrg pun x beli lagi sbb xde g mana2. Tp nti sy akan beli juga terutama carseat sbb klu balik kg jauh. Sy pegi klinik pun sy just dukung je bby.

1) x wajib 2) klu sy ikut bajet..dua2 pn blh 3) better beli yg ada support sng mndikn unless sis mmg pndai mandikn newborn x perlu support 4) sy beli je bekung hook 5) rasa menyesal beli tu xde.. rasa menyesal x beli (nasal aspirator), masa ank selesema smpai meleleh2 tu baru kelam kabut cari tmbh pula masa tu byk kedai xde stock 6) utk info sis, lepas bersalin ibu & baby msih kna pergi klinik. Klu baby kna kuning lg la everyday atau every two days kna turun msa waktu pantang. Stroller sgt membantu especially sy mmg g klinik sndiri je, xyah angkt2 berat awal2 tu. Carseat pula ikut undang2 wajib ada carseat utk ank kecil, klu blm cukup bajet kemudian beli pn ok

pengalaman saya+ suami saya oku 1) x perlu rendam je. sekejap je panas 2)better beli auto murah dekt shoope,lepas bersalin penat auto senang. susu banyak plus ank bf 3)beli yg biasa yg ada support bayi 4)saya czer 1tahun baru pakai bengkung beli lekat2. tapi nk body cantik bengkung tali cari yg mudah 5)menyesal beli baju kecil . ank sulung saya debam terus beli 6-12thun. 6)stoller perlu carseat lmbat saya beli saya guna tilam atau bangku baby badan baby masih lembik. bedung,barut , minyak telon penutup hijau, tempat sedut kahak if ank sakit, alatan potong kuku, cukur rambut,duit akikah duit tukang urut duit hospital.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan