FLIGHT SEMASA PREGNANT
hi mommies, saya baru 10 weeks. nak tanya boleh ka kita naik flight kalau dalam 1st trimester ni. saya dah tanya nurse cakap ikut atas badan masing masing, dia takda la kata tak boleh tapi ikut atas org jugak. certain boleh n certain tak boleh. so kalau mommies yg ada pengalaman boleh tak share dgn saya di ruang komen, nanti saya bac. tq mommies ❤️
Saya naik flight pegi luar negara masa kandungan bawah 12 minggu awal tahun haritu. Masa tu saya bleeding coklat2, tapi sebabkan dah book tiket lama, saya gagah jugak pegi. Dua bulan lepas pun saya ada naik flight ke alortar. Skrg baby saya dah 34 weeks 🥰 Sebelum naik flight declair dgn airline yg awak pregnant. Nanti dia akan suruh isi borang. Masa saya haritu, naik airasia. Saya minta juga advice doktor, doktor ckp jgn lasak2 kalau kandungan masih baru. Yg penting, awk kena tahu diri awk cemana.. kalau yakin, boleh aje.. semoga dipermudahkan urusan awk
Baca lagisaya since 8w lagi memang dah naik flight. banyak kena outstation luar negara sampai la saya dah 34w. awak just dapatkan surat kebenaran dari doktor dan isi form declare pregnancy utk flight yg awk naik. mcm sy 1st pregnancy mmg follow rules sgt. tapi lepas dah beberapa flight sy tak isi form dah sbb dorg tak minta dan tgk pun. ni airasia dan ehtihad. tapi tak tau la kalau sekarang dah strict wajib tunjuk surat apa semua. to be safe, dapatkan je surat kebenaran dan declare form
Baca lagiSy baru balik naik flight dr kl ke langkawi, langkawi ke kl. Naik Air Asia. Kandungan 14 minggu. So far takde masalah apa2. Pergi je dkt kaunter airport tu, ckp kita pregnant pastu nnt dia suruh pergi kaunter isi borang. Borang tu nnt bila dh masuk nk boarding bg dorg and satu copy lg bg cabin crew. Tu je. Trimester 1 rasanya ok je kalau naik flight.
Baca lagisy baru naik flight mggu lepas. 12w. mmg Dr tak galakkan. tapi kalau takde apa apa risiko, boleh je. dptkan surat Dr dlu. tp short trip la. KL- Langkawi. bawa bantal lapik duduk. masa landing angkat bontot sikit. insha'Allah semua nya baik baik saja.
Saya masa pregnant banyak kali jugak naik flight tapi short trip jala kL-Langkawi, Langkawi-kL, tapi banyak kali… Setiap kali nak naik saya jumpa doctor dulu check semua then doctor bagi surat untuk bagi masa check in
Depends badan masing2. Saya pernah naik flight masa kandungan 10w. 3 hari lepas turun flight tu bleeding, and then terus rasa contraction and gugur.
Memang betul cakap misi. Ikut badan orang. Sebab time landing tu selalu ada hentakan. Takut ada setengah orang tak boleh handle hentakan time landing tu
ok ja.. mcm yg nurse tu ckp. ada yg ok ada yg x. ikut dr bdn mommy juga.
ok tq mommy ❤️